HomeUtamaPETRONAS agih 40 unit FAD untuk nelayan Sabah

PETRONAS agih 40 unit FAD untuk nelayan Sabah

Read Time:1 Minute, 35 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Sebanyak 40 unit alat Pengumpul Peranti Ikan atau “Fish Aggregating Device” (FAD) akan diagihkan kepada komuniti nelayan dalam tempoh dua tahun bermula pada Mac ini, yang memanfaatkan lebih 200 nelayan di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata, projek FAD ini merupakan projek kerjasama di antara PETRONAS dan Jabatan Perikanan Sabah.

“Projek FAD berfungsi untuk mewujudkan kawasan penangkapan ikan alternatif yang jauh dari zon larangan, ini bagi membantu meningkatkan hasil perikanan kita khususnya untuk kegunaan nelayan-nelayan kita di Sabah.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pihak PETRONAS kerana bersetuju memberikan alat FAD ini sehingga 40 unit kepada para nelayan kita dan kita harap lebih banyak lagi kolaborasi akan dibuat selepas ini antara Petronas dan Kerajaan Negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Projek Peranti Pengumpul Ikan di antara PETRONAS dan Jabatan Perikanan Sabah di Magellan Sutera, di sini hari ini.

Pada majlis menandatangani MoU itu, PETRONAS diwakili Ketua Pengurusan Operasi Petroleum, Pengurusan Petroleum Malaysia, Handan Ramli manakala Jabatan Perikanan diwakili Pengarahnya, Azhar Kassim.

Saksi-saksi menandatangani perjanjian itu ialah Peguam Am PETRONAS MPM, Shahriman Johan Noor, dan Penolong Pengarah Kanan Perikanan, Lawrence Kissol.

Menurut Jeffrey, program FAD itu bermula pada tahun 2021 di Jabatan Perikanan Sabah khusus untuk membantu nelayan mengeksplorasi sumber perikanan di laut dalam terutamanya Ikan Tuna Sirip Kuning (Yellowfin Tuna).

“Sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan untuk melihat keadaan hidup masyarakat nelayan, saya mahukan para nelayan menikmati taraf hidup yang lebih baik dari semasa ke semasa.

“Saya bersyukur kerana keadaan hidup nelayan kita hari ini lebih baik daripada beberapa waktu yang lalu. Ini adalah hasil daripada kesungguhan kerajaan yang merangka pelbagai dasar dan program untuk membela masyarakat nelayan di seluruh negeri Sabah,” katanya.

Majlis turut dihadiri Naib Presiden Kanan MPM PETRONAS, Mohamed Firouz Asnan, dan Ketua PETRONAS Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Wahab.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular