HomeUtama400 usahawan hadiri Program MASKOP anjuran IKMa

400 usahawan hadiri Program MASKOP anjuran IKMa

Read Time:1 Minute, 24 Second

PENAMPANG: Seramai 400 usahawan, ahli koperasi dan penjawat awam menghadiri Program Memasyarakatkan Koperasi (MASKOP) 2023 yang diadakan di International Technology & Commercial Centre (ITCC), di sini.

Program yang dianjurkan Institut Koperasi Negara (IKMa) dan Kementerian Pembangunan Usahwan dan Koperasi (KUSKOP) itu dirasmikan oleh Menterinya Datuk Ewon Benedick.

Ewon berkata, antara tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi informasi kepada koperasi dari segi latihan, perniagaan dan ekonomi serta maklumat mengenai bantuan dan sokongan oleh agensi di bawah KUSKOP.

Selain itu katanya, ia juga bertujuan meningkatkan pengetahuan orang ramai termasuk penjawat awam dan sektor swasta berkaitan koperasi dan pada masa yang sama ia dijadikan sebagai satu platform untuk menghebahkan perkhidmatan dan produk yang ditawarkan gerakan koperasi kepada orang awam.

“Dengan pelaksanaan Program MASKOP, KUSKOP berharap mesej untuk membudayakan koperasi dalam masyarakat dapat diperkukuhkan dan menjadikan koperasi dalam menangani masalah kos sara hidup yang semakin tinggi.

“KUSKOP berhasrat lebih banyak koperasi ditubuhkan terutama dalam kalangan B40, OKU, miskin bandar, masyarakat luar bandar, pedalaman dan masyarakat orang asli/asal bagi meningkatkan sosioekonomi rakyat melalui keusahawanan.

“Matlamat ini juga selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 dan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia 2021 – 2025 (TransKoM),” katanya.

Pada majlis itu Ewon turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Koperasi MiRiCLe (koperasi di bawah bimbingan IKMa) yang berjaya menghasilkan pelan strategik koperasi masing-masing di bawah bimbingan IKMa.

Selain itu, atas dasar keprihatinan kepada masyarakat dan komuniti, IKMa akan memberikan sumbangan tanggungjawab social korporat (CSR) kepada golongan yang memerlukan di sekitar Penampang.

Ewon berharap penggembelengan tenaga dan usaha agensi-agensi kerajaan, koperasi dan usahawan yang terlibat dalam program ini akan membantu menjayakan visi kementerian iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara keusahawanan unggul yang bersatu, makmur dan bermaruah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular