HomeSukanSabah FC sasar bawa pulang satu piala musim ini

Sabah FC sasar bawa pulang satu piala musim ini

Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU: Pasukan Sabah FC mahu membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah FC, Ahmad Marzuki Nasir berkata, pihaknya turut menyasarkan untuk membawa pulang Piala Malaysia ke negeri Sabah.

Katanya, usaha untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala tahun ini adalah sejajar dengan harapan peminat dan penyokong Sabah FC.

“Ini adalah projek tiga tahun kita bersama Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee dimana kita menyasarkan untuk Sabah FC bermain dalam Liga Asia, selain memenangi sekurang-kurangnya satu piala.

“Usaha itu juga adalah bagi mengembalikan imej pasukan bola sepak negeri dan ianya juga sejajar dengan aspirasi Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang menyokong perkembangan pasukan kerana ia dapat menyatukan rakyat Sabah.

“Apabila pasukan berada pada tahap yang baik, sokongan rakyat juga naik dan sekarang kita sudah berjaya kembali bermain dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang kali terakhir disertai Sabah pada 1995,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran jersi ‘Home’ pasukan sempena program Hari Terbuka Sabah FC di Stadium Likas, di sini, hari ini.

Pelancaran jersi baharu Sabah FC itu disempurnakan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya yang juga menteri bertanggungjawab terhadap hal ehwal Sabah FC dan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA).

Sementara itu, Ahmad Marzuki berkata, program latihan dan perlawanan persahabatan selama 10 hari di Thailand, selain tiga perlawanan persahabatan di Stadium Likas dijadikan ujian untuk menilai kekuatan pasukan sebelum saingan Liga Malaysia bermula.

Katanya, ia penting untuk pendedahan dan pengalaman pemain sebelum sepak mula Liga Super pada 25 Februari ini yang dijangka lebih mencabar berbanding musim lalu.

“Di Thailand kita berlawan dalam aksi persahabatan level tinggi untuk pengalaman pemain dan di Sabah, tiga lagi perlawanan persahabatan pra musim termasuk yang terakhir pada malam ini.

“Dua perlawanan persahabatan di Stadium Likas sebelum ini kita mencatat kemenangan yang memberangsangkan, namun keputusan perlawanan persahabatan bukan pengukur kerana aksi liga lebih mencabar,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatanSukan

Lebih 200 pelajar, guru meriahkan Hari Sukan Negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular