Hajiji terima kunjungan Pengerusi Negara Shell Malaysia

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:39 Second

KUALA LUMPUR: Pengerusi Negara Shell Malaysia yang baharu dilantik, Siti Hurairah Sulaiman mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di sini, hari ini.

Semasa lawatan itu, Siti memberikan maklumat terkini perniagaan mengenai Shell Malaysia dan operasinya di Sabah kepada Ketua Menteri.

Siti, yang juga Naib Presiden Kanan bagi perniagaan huluan di negara ini mula berkhidmat pada 1 Januari 2023 menjadi wanita pertama yang menerajui syarikat minyak multinasional di Malaysia.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengurus Besar Sabah Shell Petroleum Company Ltd yang bertanggungjawab ke atas operasi minyak dan gas huluan Shell di Sabah selama empat tahun dari 2011.

Turut menyertai rombongan Siti ialah Pengarah Perhubungan Korporat, Cindy Lopez, Pengurus Besar Aset Air Dalam Sabah, Wong Kim Mun dan Pengurus Besar, Perhubungan Korporat Malaysia Timur, Jonathan Jolly.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *