HomeIsu tempatanPenganjuran tilawah Al-Quran bantu tegak syiar Islam - Jahid

Penganjuran tilawah Al-Quran bantu tegak syiar Islam – Jahid

Read Time:1 Minute, 23 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

TAMPARULI: Amalan penganjuran majlis tilawah Al-Quran khususnya di Sabah dilihat mampu membantu menegakkan syiar Islam yang telah lama wujud di negara ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, majlis seumpama itu juga mampu menjadi platform kepada umat Islam untuk mendekati ajaran yang terkandung didalam Al-Quran.

Katanya, selain itu, umat Islam juga mampu menghayati serta mengamalkan petunjuk serta panduan yang terdapat dalam kitab suci Al-Quran.

“Sesungguhnya kitab suci yang diturunkan lebih 1,400 tahun dahulu mampu membimbing manusia dalam setiap zaman untuk mencapai kemajuan dan kejayaan di hidup dan di akhirat.

“Sekiranya umat Islam berpegang teguh dengan ajaran Islam seperti mana yang terkandung di dalamnya, maka mereka akan menjadi satu umat yang maju dan bertamadun, kuat dan bersatu padu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Tuaran & Daerah Kecil Tamparuli di Masjid Ubudiyyah Pekan Tamparuli di sini hari ini.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli berkata, umat Islam akan terjebak ke dalam kemunduruan dan merosakkan ummah sekirannya mengabaikan amalan ajaran Islam.

Katanya, ia termasuklah perpecahan, lemah, tidak berani bersaing, takut mengadapi cabaran, dengki sesama sendiri, mudah terpengaruh dengan ajaran salah dan menyesatkan.

“Malahan mereka juga sengaja membiarkan diri mereka terdedah kepada kemurkaan Allah SWT,” katanya.

Sementara itu, Jahid turut mengajak masyarakat untuk bersama memperbaharui tekad dan iltizam untuk menguat dan meneguh iman serta penghayatan ajaran islam.

“Mudah-mudahan negara kita dan umat Islam di rantau ini akan muncul sebagai sebuah negara dan satu bangsa yang maju, disegani di mata dunia dan mampu mengembalikan kegemilangan serta keagungan Islam seperti masa lampau,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

‘Skolar Next Level’ beri pendedahan guna teknologi AI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular