HomeUtamaMayat anggota komando selamat tiba di Sandakan

Mayat anggota komando selamat tiba di Sandakan

Read Time:1 Minute, 4 Second

BERNAMA

SANDAKAN: Mayat Lans Koperal Edrin Baintim, 25, yang ditemukan terdampar semalam di paya bakau di Batu 8, Kampung Batu Laut, Tanjung Sepat, Banting, Selangor selamat tiba di Lapangan Terbang Sandakan di sini pada 9.25 malam tadi.

Ketibaan mayat mendiang, yang diterbangkan dari Pangkalan Tentera Udara Subang dengan pesawat Hercules C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 5.30 petang semalam, disambut Penolong Pegawai Pemerintah Batalion Ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sri Kinabatangan Mejar Shah Wira Ma’rof.

Anggota tentera turut memberi penghormatan terakhir kepada Edrin, seorang anggota Tentera Darat daripada Grup Gerak Khas (GGK) atau komando, di lapangan terbang itu.

Beberapa ahli keluarga terdekat mendiang turut mengiringi jasadnya ke Sandakan dengan menaiki pesawat TUDM.

Pada kira-kira 10 malam, mayat mendiang dibawa ke tempat kelahirannya di Kampung Maliau, Tongod iaitu kira-kira 182 kilometer dari sini, bagi urusan pengebumian.

Pada 7 Feb lepas, Edrin dilaporkan hilang ketika menjalani latihan menyelam di 0.7 batu nautika barat daya Pulau Undan, Melaka.

Mendiang hilang ketika latihan eksesais ‘Pari Harimau’ iaitu kursus juruselam bersama enam pegawai dan 37 peserta dari Pusat Latihan Peperangan Khusus (Pulpak) Sungai Udang, Melaka sebelum mayatnya ditemukan orang ramai dalam keadaan terdampar dan lengkap berpakaian sut penyelam di pantai bakau Tanjung Sepat, Selangor pada 10.15 pagi semalam.- BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tuan rumah ATE 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular