HomeUtamaKerajaan rancang bangunkan bandar bersempadan Indonesia dengan kos RM1 bilion 

Kerajaan rancang bangunkan bandar bersempadan Indonesia dengan kos RM1 bilion 

Read Time:59 Second

BERNAMA

Kerajaan merancang untuk membangunkan bandar-bandar yang bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia dengan kos RM1 bilion menerusi Belanjawan 2023, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang membentangkan belanjawan itu di Dewan Rakyat itu berkata pembangunan melibatkan bandar Kalabakan di Sabah dan Ba’kelalan di Sarawak itu adalah sebagai langkah menyambung perpindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan.

Katanya menerusi belanjawan itu, Sabah dan Sarawak akan terus meraih manfaat besar daripada peruntukan pembangunan iaitu masing-masing sebanyak RM6.5 bilion dan RM5.6 bilion.

Daripada jumlah itu, lebih RM2.5 bilion turut disediakan bagi melaksanakan projek-projek melibatkan prasarana awam yang kebanyakannya untuk manfaat Sabah dan Sarawak melibatkan projek jalan dan lampu jalan serta bekalan air dan elektrik.

 “Kerajaan juga komited meneruskan dan menyegerakan pelaksanaan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah dan Sarawak-Sabah Link Road yang dianggarkan melibatkan kos keseluruhan RM20 bilion dengan jajaran lebih daripada 1,000 kilometer. Kita berharap projek ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya.

Bertemakan ‘Membangun Malaysia MADANI’, Belanjawan 2023 yang dibentangkan Kerajaan Perpaduan diterajui Anwar memperuntukkan sejumlah RM388.1 bilion, dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion belanja pembangunan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka. 

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular