HomeUtamaPEWASA digesa main peranan bantu Kerajaan perjuang agenda pemerkasaan wanita

PEWASA digesa main peranan bantu Kerajaan perjuang agenda pemerkasaan wanita

Read Time:1 Minute, 27 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Pertubuhan Wanita Sabah (PEWASA) digesa untuk memainkan peranan dan membantu Kerajaan dalam memperjuangkan agenda pemerkasaan wanita khususnya di negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk James Ratib berkata, Kerajaan sentiasa menghargai segala usaha dan inisiatif yang dijalankan PEWASA dalam melaksanakan agenda pemerkasaan wanita.

“Sebagai sebuah pertubuhan yang dipimpin wanita, PEWASA juga mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memperjuangkan isu-isu yang berkaitan dengan kesetaraan gender.

“Selain itu saya difahamkan PEWASA juga turut memperjuangkan isu-isu berkaitan pendidikan, kesejahteraan sosial, kesihatan dan kepentingan ekonomi wanita di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan Ulantahun ke-45 PEWASA dan Sambutan Hari Wanita 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Majlis disempurnakan isteri Yang di-Pertua Negeri Ton Puan Norlidah RM Jasni.

James berkata, PEWASA juga diharap dapat turut sama membantu kerajaan dalam memajukan kehidupan wanita di negeri ini secara berterusan.

Katanya, PEWASA telah berjaya menjalankan pelbagai program dan inisiatif bertujuan untuk memperjuangkan hak dan kepentingan wanita di Sabah.

Tambahnya, kewujudan PEWASA yang aktif dan proaktif juga sangat diperlukan dalam usaha membina masyarakat yang sejahtera di negeri ini.

“Kita semua tahu bahawa wanita-wanita di Sabah mempunyai potensi yang besar dalam setiap bidang dan industri.

“Walau bagaimanapun, kita juga memahami bahawa terdapat beberapa cabaran dan isu-isu yang perlu ditangani dan di atasi bagi memastikan bahawa wanita di Sabah dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam pembangunan negara,” katanya.

James turut yakin bahawa PEWASA mampu memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pembangunan sosio ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Adalah menjadi harapan agar PEWASA akan terus melaksanakan program dan inisiatif yang relevan dan efektif untuk meningkatkan taraf hidup wanita di Sabah,” katanya. –  SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular