HomeUtamaSabah komited transformasi negeri sebagai Kerajaan digital

Sabah komited transformasi negeri sebagai Kerajaan digital

Read Time:1 Minute, 26 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri sentiasa komited mentransformasi Sabah untuk menjadi sebuah Kerajaan Digital yang maju, kompetetif, progresif, inovatif dan berdaya tahan.  

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan kerajaan pusat dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta membantu mereka untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat Sabah.

“Jalinan kerjasama kerajaan negeri bersama PERKESO sentiasa aktif dalam melaksanakakan program – program penempatan pekerjaan melalui Portal MYFutureJobs yang merupakan Portal Pekerjaan Negara.

“Portal ini bukan sahaja membantu pekerja yang telah diberhentikan, individu yang menganggur atau para graduan, belia dan pekerja yang sedang mencari peluang pekerjaan, malah portal canggih ini juga mampu membuat padanan pekerjaan berdasarkan kelayakan dan kemahiran pencari kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jerayawara Kerjaya dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (JKSSR) PERKESO Sabah 2023 di sini semalam.

Arifin berkata, kementeriannya juga akan terus mengiatkan lagi usaha dalam bidang TVET atau Latihan vokasional di Sabah.

Katanya, usaha melahirkan modal insan berkemahiran tinggi melalui kolaborasi dengan pusat TVET dan universiti teknikal tersohor negara akan diperhebatkan.

Tambahnya, Sabah perlu memiliki ‘talent pool’ mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang bagi menyokong keperluan pembangunan dan industri, khususnya industri yang menerapkan elemen Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

“Selain itu, demi memperkasa dan meningkatkan peluang pekerjaan khususnya komuniti luar bandar pula, PERKESO dengan kerjasama beberapa kementerian, agensi dan institusi turut memperkenalkan Pusat Satelit MYFutureJobs.

“Sehingga kini, terdapat 152 Pusat Satelit di pelbagai lokasi seluruh negara dan empat  daripadanya adalah di negeri Sabah antaranya di Pusat Komuniti Desa (PKD) Darau Laut, PKD Merotai Besar, PKD Pasir Puteh dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Pekan Kota Belud,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular