HomeUtamaSPRM tahan pesara kerajaan kemuka invois palsu

SPRM tahan pesara kerajaan kemuka invois palsu

Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang pesara kerajaan kerana dipercayai mengemukakan dua invois yang mempunyai butir matan palsu berjumlah kira-kira RM36,000 kepada sebuah pejabat daerah.

Sumber berkata, suspek lelaki berusia 61 tahun itu dipercayai mengemukakan invois berhubung pembekalan makanan dan minuman kepada petugas di sebuah Kompleks Sukan Keningau sempena Sukan SAGA IX Keningau mulai 5 hingga 13 Disember 2019 sedangkan pembekalan tersebut tidak dibuat.

Menurut sumber, suspek dipercayai telah ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negeri Sabah Cawangan Keningau kira-kira jam 10 pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan suspek dijangka dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu dalam masa yang terdekat.

Beliau juga mengingatkan kepada penjawat awam supaya tidak mengemukakan sebarang dokumen palsu dalam urusan tuntutan program kerajaan kerana ianya merupakan kesalahan yang serius.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan negeri puas hati dengan peranan ESSCOM sebagai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya