HomeUtamaManfaat populariti Semporna cipta produk pelancongan sendiri - Joniston

Manfaat populariti Semporna cipta produk pelancongan sendiri – Joniston

Read Time:1 Minute, 15 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Semporna : Penduduk sekitar Pulau Bum-Bum di sini digesa untuk memanfaatkan populariti daerah ini sebagai syurga menyelam bertaraf dunia dengan mencari peluang untuk mencipta produk pelancongan sendiri.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai berkata, penduduk juga perlu proaktif  dalam mempromosikan komuniti mereka kepada pelancong yang ingin merasai gaya hidup di kampung.

“Penglibatan penduduk kampung adalah amat penting dalam memastikan manfaat daripada industri pelancongan akan dapat memberi kesan positif kepada semua lapisan masyarakat.

“Lembaga Pelancongan Sabah (STB) telah memulakan usaha bersepadu untuk memperkasakan penduduk luar bandar melalui inisiatif pelancongan berasaskan komuniti (CoBT) sejak 2014 dan ia kini diterima baik oleh lebih 100 CoBT di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan ahli jawatankuasa Persatuan Pelancongan Pulau Bum-Bum yang baharu ditubukan di pulau itu baru-baru ini.

Joniston yang juga Pengerusi STB berkata, Kerajaan negeri kini juga telah memberi penekanan kepada pelancongan menerusi pelan Hala Tuju Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).

Justeru katanya, adalahlah menjadi kewajipan masyarakat untuk terus menggalakkan dan menyokong masyarakat luar bandar berada di landasan yang betul ke arah transformasi positif.

Dalam pada itu, beliau turut memuji penduduk kampung Pulau Bum-Bum kerana telah menunjukkan komitmen mereka dalam mempromosikan pulau itu sebagai tarikan, di mana beberapa penduduk kampung telah mula menjadikan rumah mereka sebagai homestay.

Sehubungan itu, Joniston menasihatkan penduduk kampung supaya mengambil berat tentang kepentingan mematuhi syarat yang ditetapkan kerajaan seperti mendaftarkan inap desa dan berlesen. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan negeri puas hati dengan peranan ESSCOM sebagai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya