HomeIsu tempatanUMS anjur program latihan hapus tempat pembiakaan Aedes

UMS anjur program latihan hapus tempat pembiakaan Aedes

Read Time:1 Minute, 33 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan COVID-19 (PKTC-19) telah mengadakan Program Latihan Penghapusan Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes (PTP) di Kolej-Kolej Kediaman Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini baru -baru ini.

Program itu turut dianjurkan dengan kerjasama Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP) dan Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) UMS.

Program tersebut yang turut mendapat kerjasama Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu telah disertai oleh wakil-wakil felo kediaman, pelajar dan kontraktor pembersihan kampus UMS.

Menurut Pengarah PKKP UMS, Profesor Dr. Khamisah Awang Lukman, program itu antara lain bertujuan memberi latihan kepada kakitangan UMS bagi mengenal pasti tempat-tempat umum yang kebiasaannya menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

“Selain itu program ini bertujuan untuk memberi latihan kepada kakitangan UMS  bagaimana untuk memusnahkan tempat pembiakan nyamuk dengan cara betul.

“Di samping itu, kakitangan yang diberi latihan kelak dapat mempraktikkan amalan cari dan musnah bagi memastikan persekitaran UMS bebas aedes,” ujarnya. 

Tambah Khamisah, program tersebut merupakan inisiatif PKTC-19 dan PKKP bagi membantu Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu mengawal risiko jangkitan denggi di dalam kampus UMS.

“Setinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama serta berganding bahu bagi memastikan kejayaan penganjuran program latihan ini dan berharap agar ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan di peringkat jabatan masing-masing khususnya bagi menghapuskan aedes dan mencegah berlakunya kes denggi, sekali gus meningkatkan keselamatan dan kesihatan warga UMS secara amnya,” katanya.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh wakil dari Unit Vektor Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu, Dina@Fidelia Anna Peter Marius.

Manakala sesi PTP turut dijalankan di sekitar hatceri ikan dan udang IPMB, asrama pelajar IPMB, Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM) dan Kolej Kediaman Tun Fuad (KKTF).

Hadir sama, wakil PKTC-19, Prof. Madya Dr. Azizan Omar dan Dr. Muhammad Aklil Abdul Rahim serta Timbalan Ketua Pegawai Sains IPMB, Motinius Guntalib. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 2,000 pengunjung imarahkan Konvensyen Al-Quran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya