HomeUtamaADUN Petagas keluar WARISAN, sertai Gagasan Rakyat

ADUN Petagas keluar WARISAN, sertai Gagasan Rakyat

Read Time:1 Minute, 28 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas Datuk Awang Ahmad Sah Sahari hari ini mengumumkan meninggalkan parti WARISAN dan menyertai parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor.

“Lebih kurang tiga bulan saya memikirkan benda ini selepas pilihan raya, saya juga banyak mendengar perbincangan di kalangan pemimpin-pemimpin yang ada di bahagian saya, jadi saya membuat keputusan untuk memanggil semua mereka untuk berbincang.

“Nampaknya saya tidak ada keraguanpun kerana ini bukan saya sahaja keluar dari parti Warisan dan bolehlah di sifatkan keseluruhan pimpinan bahagian kecuali satu dua cawangan, wanita, wirawati dan sebahagian besar wira, ketua-ketua cawangan sebulat suara untuk menyokong kepada parti ini parti Gagasan Rakyat Sabah,” katanya pada sidang media di salah sebuah hotel di sini hari ini.

Awang Ahmad Sah yang juga Bendahari Agung WARISAN Sabah berkata, beliau meninggalkan parti WARISAN tidak dipengaruh oleh mana-mana pihak sebaliknya beliau sendiri memikirkan tentang masalah rakyat di bawah pimpinannya.

“Saya tidak dipengaruh oleh mana-mana pihak, keputusan ini adalah atas kerelaan saya sendiri, selepas saya berbincang dengan pemimpin-pemimpin bahagian DUN saya, barulah saya berjumpa dengan Hajiji dan membincangkan apa perancangan untuk negeri Sabah selanjutnya.

“Kita ada dua tahun setengah lagi, umur saya sudah 63 tahun, saya mesti memikirkan masalah-masalah rakyat, saya mesti memikirkan masalah-masalah pemimpin-pemimpin parti, jentera-jentera parti, ketua-ketua cawangan yang yang memberi kemenangan kepada saya sewaktu saya bertanding, jadi atas dasar itu saya nekad dan kita membuat keputusan untuk menyertai parti Gagasan Rakyat,” katanya.

Terdahulu, pada awal Februari lalu, tiga ADUN WARISAN mengumumkan keluar meninggalkan parti dan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Tiga ADUN terbabit ialah Mohammad Mohamarin (Banggi), Chong Chen Bin (Tanjong Kapor) dan Norazlina Arif (Kunak).

RELATED ARTICLES
Utama

Isu SMM, klip video ADUN disifatkan lebih kepada ‘sakit hati’ dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular