HomeSukanAkademi SAFA dilancar 11 Mac ini

Akademi SAFA dilancar 11 Mac ini

Read Time:1 Minute, 35 Second

Kota Kinabalu  : Akademi Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) akan dilancarkan pada Sabtu depan bagi memberi bimbingan dan pendedahan kepada golongan muda dalam arena Bola Sepak di negeri ini.

Pengarah Akademi SAFA, Azman Mastar berkata, akademi itu nanti akan dirasmikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya di padang SAFA.

“Akademi ini pada awalnya akan dilancarkan pada awal Januari lalu namun ditangguhkan atas sebab-sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan. 

“Justeru, pihak kita memutuskan untuk nmelancarkan pada 11 Mac ini dan kemudian disusuli pelancaran di peringkat daerah yang akan diadakan di Keningau selepas ini,” katanya.

Beliau ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pelaksana pelancaran akademi berkenaan di pejabat SAFA di sini, pagi tadi.

Azman berkata, akademi itu diwujudkan selepas SAFA mengadakan memondum persefahaman dengan Majlis Sukan Negara dan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) bagi menjayakan program pembangunan bola sepak di negeri ini.

“Akademi SAFA akan membabitkan pelatih-pelatih bawah umur 12 tahun, 14 tahun dan 16 tahun. Mereka ini akan diberi bimbingan dan pendedahan melalui program pembangunan bagi memastikan mereka dapat diketengahkan dan menjadi pemain yang terbaik pada masa akan datang,” katanya.

Menurutnya, setakat ini persiapan akhir sedang dilakukan bagi menjayakan pelancaran akademi tersebut.

Katanya, SAFA membuat keputusan melakukan pelancarannya di Kota Kinabalu walaupun sebelum ini ia dicadangkan diadakan di Sandakan.

“Bagi SAFA perancangan mewujudkan akademi bola sepak penting dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pemain di samping salah satu usaha untuk terus memajukan sukan bola sepak di Sabah,” katanya.

Azman berkata, akademi itu akan dikendalikan oleh beberapa jurulatih bertauliah dan berpengalaman yang akan ditentukan badan bola sepak negeri.

“Pengarah Teknikal SAFA, Omar Maya Amat akan menentukan jurulatih yang akan diberi peranan dalam akademi tersebut,” tambahnya.

Beliau berharap SAFA daerah akan melakukan persiapan masing-masing bagi membolehkan akademi tersebut dapat dilaksanakan di daerah masing-masing.

Turut hadir pada mesyuarat itu Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan SAFA, Lokman Sunggim.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya