Kerajaan tidak berkompromi terhadap aspek kedaulatan, keselamatan negara

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 11 Second

Kuala Lumpur : Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap aspek kedaulatan dan keselamatan serta tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan, kekebalan kedaulatan dan kedaulatan Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata, Kerajaan juga pada setiap masa akan terus mengambil segala tankman yang perlu bagi menghentikan tuntutan Sultan Sulu dengan menggunakan segala kuasa, hak dan sumber yang ada.

“Kerajaan juga menegaskan bahawa mana-mana tuntutan pihak Sulu di pelbagai bidang kuasa adalah tidak mempunyai asas perundangan yang kukuh dan bermerit.

“Dalam hal ini, Kerajaan ingin memaklumkan bahawa keputusan Mahkamah Madrid pada tahun 2021 telah membatalkan pelantikan penimbang tara dan dua kesemua tindakan bersifat prosedur yang dibuat oleh penimbang tara tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas mengadakan Sesi Taklimat Mengenai Isu Tuntutan Pihak Mendakwa Waris Kesultanan Sulu bersama Ahli-ahli Dewan Rakyat sekitar jam 1 petang di Parlimen di sini hari ini .

Azalina berkata, kes ini merupakan kes luar biasa (unusual case) melibatkan aspek kedaulatan negara (sovereignty issue) dan prosiding timbang tara tidak berbangkit (non arbitrable).

Katanya,  Award yang dikeluarkan telah melanggar prinsip polisi awam antarabangsa(international public policy) khususnya melibatkan Malaysia’s diplomatic immunity and jurisdictional immunity (partial award) and sovereignty (purported final award).

“Harapan saya adalah untuk mendapat sokongan padu semua Ahli Dewan Rakyat tanpa mengira aliran politik dalam menegakkan kedaulatan negara Malaysia dalam isu tuntutan pihak mendakwa waris kesultanan Sulu,” katanya. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *