HomeUtamaPenjawat awam digesa terus beri sokongan kepada Kerajaan negeri bantu sejahterakan rakyat

Penjawat awam digesa terus beri sokongan kepada Kerajaan negeri bantu sejahterakan rakyat

Read Time:3 Minute, 20 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Anggota perkhidmatan awam negeri dan persekutuan di Sabah digesa untuk terus memberikan sokongan dan dokongan kepada Kerajaan negeri dalam usaha bagi memajukan negeri dan mensejahterakan rakyat.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ini merupakan masa untuk bekerja kerasan dan membangunkan semula ekononi negeri dan memajukan rakyat.

“This is the time to work. Time to walk the talk and to deliver what we have planned for the rakyat. Percayalah, setiap daripada kita menginginkan kerajaan yang stabil; negeri dan negara yang makmur, supaya kita dapat hidup dengan aman dan sentosa.

“Sebagai anggota perkhidmatan awam, kita seharusnya memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap segala usaha bagi membina semula ekonomi negeri dan membela nasib rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Perdana Menteri kepada Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan di Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Majlis itu juga merupakan perhimpunan penjawat awam terbesar, malah julung kalinya seorang Perdana Menteri hadir untuk menyampaikan amanat kepada anggota perkhidmatan awam di negeri ini.

Hajiji berkata, meskin pun baharu dua tahun lebih menerajui kepimpinan negeri, namun cabaran dan ujian yang dilaluinya begitu luar biasa sekali.

Katanya, terlepas daripada ancaman pandemik, berhadapan pula dengan cabaran kegawatan politik dan ekonomi.

“Dalam kita sedang menyusun segala strategi untuk memperkukuhkan pentadbiran serta memulihkan ekonomi negeri, tiba-tiba datang lagi ujian baharu berupa cubaan untuk mengganggu dan menjatuhkan kerajaan.

“Sungguh luar biasa ujian dan tribulasi yang datang silih berganti. Namun, saya sangat bernasib baik, kerana mempunyai rakan-rakan dalam kepimpinan negeri, termasuk jentera kerajaan, iaitu anggota perkhidmatan awam, yang tetap memberikan sokongan dan dokongan dalam usaha gigih kita untuk memajukan negeri dan mensejahterakan rakyat,” katanya.

Justeru itu, beliau mengajak anggota perkhidmatan awam untuk melipat-gandakan lagi usaha serta khidmat bakti kepada negeri, rakyat dan masyarakat; dengan pertanggungjawaban, jati diri dan iltizam yang tinggi dalam memikul amanah dan tanggungjawab.

Katanya, ini adalalah bagi memastikan negeri ditadbir dan diurus dengan cemerlang, manakala rakyat dibela dengan sebaik-baiknya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, sebagai jentera pelaksana dasar dan program pembangunan kerajaan, anggota perkhidmatan awam menjadi pemangkin bagi merealisasikan apa jua dasar

dan perancangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Katanya, dalam konteks negeri Sabah, Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 merupakan wadah untuk menempatkan semula Sabah pada landasan yang tepat ke arah kemajuan dan pembangunan yang holistik merangkumi kemakmuran ekonomi, kelestarian alam dan kesejahteraan rakyat.

“Pendekatan itu adalah selaras dan selari dengan aspirasi Perdana Menteri yang telah memperkenalkan gagasan besar Malaysia Madani, sebagai paradigma baharu untuk negara mengolah hala tuju dasar dan pelaksanaan strategi yang merentas semua sektor, termasuk kemanusiaan dan modal insan, ke arah mengangkat semula martabat negara di persada dunia.

“Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa Sabah adalah negeri terawal yang menyambut baik konsep Malaysia Madani dengan menganjurkan seminar, forum dan bengkel bagi mengupas dan mendalami konsep Malaysia Madani.

“Saya berharap agar seluruh anggota perkhidmatan awam sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk menghadapi perubahan dan cabaran, sesuaidengan perkembangan dan kehendak semasa. Jangan sekali-kali mudah selesa dengan pencapaian yang ada.

“Jadilah penjawat awam yang berdaya kreatif, bersikap proaktif serta memiliki semangat untuk berlumba dalam mencapai kejayaan secara sihat, berintegriti dan menjauhi rasuah,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, semua pihak tidak seharusnya mudah berasa selesa atau “complacent” dengan pencapaian yang ada, kerana perjalanan masih jauh dan berliku.

Justeru katanya, semua pihak perlu mempercepatkan langkah agar tindakan kita bukan sahaja pantas dan tangkas, tetapi juga tepat pada sasaran dalam memastikan kemajuan dan kejayaan.

“Lipat gandakan usaha, “work hard” dan “work smart”, bagi mengekalkan rekod kejayaan dan kecemerlangan kita dalam mengurus dan mentadbir negeri yang tercinta ini.

“Anggota perkhidmatan awam adalah jentera kerajaan yang juga bertanggungjawab dalam memastikan peningkatan hasil negeri. Jika hasil negeri dapat ditambah dan ditingkatkan, tentunya ia akan memberi manfaat yang besar kepada seluruh rakyat, termasuklah juga di kalangan penjawat awam itu sendiri yang akan menerima pelbagai insentif dan imbuhan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tuan rumah ATE 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular