HomeUtamaSabah alu-alukan ketibaan pelancong dari Guangzhou

Sabah alu-alukan ketibaan pelancong dari Guangzhou

Read Time:1 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu : Sabah mengalu-alukan ketibaan seramai 140 pelancong dari Guangzhou yang tiba di negeri ini menerusi penerbangan terus yang pertama dari China sejak pandemik lalu.

Penumpang berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 5.30 pagi tadi menerusi penerbangan AirAsia.

Semua pelancong itu juga disambut Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Datuk Joniston Bangkuai.

Turut mengiringi beliau adalah Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Sr. Mohd Yusrie Abdullah; Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu Huang Shifang; dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Noredah Othman.

Penerbangan AirAsia itu juga dijangka akan membawa penumpang dari Shenzhen ke Kota Kinabalu esok.

Sabah menjangkakan ketibaan pelawat dari China pada awal tahun ini namun ianya tertangguh berikutan proses pengeluaran pasport yang lewat kepada warganegara berkenaan.

Terdahulu, Joniston berkata, China merupakan pasaran utama yang penting dalam sektor pelancongan di Sabah.

“Kami sangat teruja untuk menerima kembali pelancong dari China dan kami berharap pemain industri akan terus menyediakan perkhidmatan hospitaliti yang luar biasa kepada tetamu kami,” katanya.

Sabah juga menjangkakan kemasukan pelancong China dalam masa beberapa bulan akan datang dengan jangkaan peningkatan penerbangan terus dari beberapa bandar di China.

Sebelum Pandemik COVID-19, China merupakan sumber pelawat antarabangsa terkemuka di Sabah, dengan 598,566 pelawat China direkodkan pada 2019. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah kekal harmoni dengan keunikan kepelbagaian – Jeffrey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular