HomeIsu tempatanUMS, Eternity Mode Sdn Bhd kerjasama bangunkan sistem penapisan air inovatif di...

UMS, Eternity Mode Sdn Bhd kerjasama bangunkan sistem penapisan air inovatif di kawasan pedalaman

Read Time:1 Minute, 25 Second

Kota Kinabalu: Kerjasama antara Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan sebuah syarikat minyak dan gas, Eternity Mode Sdn Bhd, bakal membawa perubahan besar kepada penduduk di kawasan pedalaman Sabah.

Melalui kerjasama penyelidikan tersebut, sebuah inovasi sistem penapisan air yang dibangunkan oleh penyelidik UMS, Dr. Clarence M. Ongkudon akan dapat menyalurkan bekalan air bersih secara konsisten di kawasan berkeperluan.

Menurut Clarence, dengan menggunakan teknologi itu, sebanyak 50 hingga 100 liter air dapat disalurkan dalam masa satu jam, yang mana jumlah itu adalah dua kali lebih tinggi daripada kapasiti semasa.

“Kerjasama ini akan memberi tumpuan kepada peningkatan teknologi penapisan air monolitik UMS untuk membina sistem yang beroperasi sepenuhnya dan tersedia secara komersial untuk dipasang di kawasan-kawasan terpencil seperti Kampung Long Pasia, Sipitang, dan Kampung Guakon, Tamparuli.

“Teknologi ini dibangunkan berdasarkan membran poli metakrilat yang boleh dikitar semula dan dijaga dengan menggunakan teknologi tempatan. Dengan adanya sistem ini, ia dijangka dapat menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) keenam iaitu sumber air bersih dan sanitasi.

“Kos teknologi yang rendah menjadikan inovasi ini sebagai penyelesaian yang ideal untuk kegunaan yang meluas di kawasan pedalaman dan sebagai model untuk projek pembangunan masa hadapan,” katanya.

Teknologi ini dianggarkan berjumlah RM50,000 dan dibiayai melalui Skim Gran Inovasi (SGI) daripada Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan UMS serta dilindungi di bawah paten milik UMS.

Pada majlis menandatangani perjanjian penyelidikan itu, UMS diwakili Dr. Clarence manakala Eternity Mode diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Gesiri Gambung sambil disaksikan oleh Pengarah IPB, Prof. Dr. Lee Ping Chin dan Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Inovasi IPB, Dr. Kenneth Francis Rodrigues.

Kata Lee, kerjasama tersebut adalah selaras dengan visi UMS untuk menyelesaikan masalah dalam komuniti setempat melalui aktiviti penyelidikan dan inovasi. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

350 kakitangan KYS sertai program berjalan 10,000 langkah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular