HomeSukanSawit Kinabalu terus laksana aktiviti sukan dalam kalangan kakitangan

Sawit Kinabalu terus laksana aktiviti sukan dalam kalangan kakitangan

Read Time:2 Minute, 4 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Tawau: Kumpulan Sawit Kinabalu akan terus melaksanakan aktiviti sukan dalam kalangan kakitangan dan pekerja syarikat pada setiap tahun dalam memupuk semangat dan keterangkuman di tempat kerja.

Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Datuk Bacho Jansie berkata, penganjuran aktiviti sukan itu juga mampu mengeratkan ikatan silaturrahim dan persaudaraan dikalangan kakitangan syarikat.

“Malahan pada penghujung tahun ini juga, syarikat akan turut mengadakan Pesta Sukan Tahunan syarikat yang bakal berlangsung di Sandakan.

“Kesihatan fizikal dan mental amat diutamakan agar produktiviti kakitangan dan pekerja terjamin selain dapat membuahkan hasil yang memberangsangkan serta memberi manfaat kepada semua,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas merasmikan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang Kejohanan Bola Sepak Sawit Kinabalu Piala Bacho Jansie yang berlangsung selama dua hari berakhir hari ini di Kompleks Sukan Tawau.

Dalam kejohanan itu, sebanyak sembilan pasukan berentap yang mewakili setiap wilayah antaranya Pantai Barat; Tawau; Lahad Datu; Sandakan yang masing-masing menghantar dua pasukan dan satu pasukan dari bahagian Ibu Pejabat.

Pasukan Lahad Datu A berjaya menjuarai kejohanan bola sepak itu dengan menewaskan pasukan Sandakan A pada pusingan akhir dengan jaringan 1-0 sekaligus memperoleh tempat kedua manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh pasukan wilayah Tawau dan Pantai Barat.

Kejohanan bola sepak anjuran Sawit Kinabalu itu merupakan tahun kedua diadakan dimana pada tahun lalu telah berlangsung di Kota Kinabalu.

Dalam pada itu, Bacho berkata, selain bersukan, pihaknya turut melaksanakan tugas dan mengadakan lawatan familiarisasi.

Lawatan itu adalah bagi mengenali SK Seeds Sdn Bhd, anak syarikat Sawit Kinabalu daripada pelanggan berpotensi iaitu pengusaha ladang sawit dari Semenanjung dan Sarawak seramai 30 orang bagi produk bahan tanamannya iaitu biji-biji benih Sawit yang dinamakan SKS1 dan SKS2.

Katanya, melalui lawatan ini, para pelawat dapat mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai proses penyediaan biji benih sehingga lah menjadi bibit sawit.

“Sawit Kinabalu juga baru-baru ini turut mengadakan persidangan di Kota Kinabalu bagi para Pengurus dan Eksekutif syarikat bertemakan Gemba Kaizen Walk yang mana menjadi satu platform bagi semua kakitangan untuk mempelajari dan mempraktikkan usaha bagi membantu mencapai matlamat-matlamat syarikat ke arah kecemerlangan,” katanya.

Terdahulu, Pasukan Lahad Datu A berjaya membawa pulang piala pusingan Datuk Bacho Jansie Cup serta wang tunai RM5,000 serta trofi kejohanan.

Tempat kedua iaitu pasukan Sandakan A Berjaya membawa pulang wang tunai RM3,000 dan pingat kejohanan manakala tempat ketiga membawa pulang wang tunai RM1,200 bersama pingat dan saguhati tempat keempat hingga kesembilan masing-masing membawa pulang wang tunai RM500 serta pingat. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

PIBKS sokong usaha PIBG laksana aktiviti sukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular