HomeUtamaKeunikan masyarakat berbilang kaum, etnik & budaya perlu dipelihara, dipertahankan

Keunikan masyarakat berbilang kaum, etnik & budaya perlu dipelihara, dipertahankan

Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Keistimewaan dan keunikan masyarakat berbilang kaum, etnik dan budaya di negara ini khususnya di Sabah perlu terus dipelihara dan dipertahankan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, faktor itu menjadi elemen penting dalam memupuk perasaan hormat menghormati dan menerima kepelbagaian tersebut sebagai satu kekuatan yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat.

Menurutnya, budaya merupakan aspek penting dalam kehidupan kita yang menjadi identiti sesuatu bangsa dan etnik yang harus dipelihara serta dimartabatkan untuk kepentingan semua.

“Permodenan dan kemajuan tidak seharusnya menghalang rakyat daripada menghargai dan memperkukuh budaya yang diamal oleh masyarakat berbilang kaum, termasuk aspek tarian kebudayaan. Banyak perkara yang baik boleh dipelajari daripada kebudayaan seperti perpaduan, kelestarian gaya hidup, perlindungan sumber asli dan pemuliharaan budaya peribumi”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Pesta Tarian Cina Peringkat Kebangsaan Ke-32 dan Pertandingan Tarian Cina Peringkat Sekolah Ke-21 di Dewan Sekolah Menengah Kian Kok, malam tadi.

Teks ucapan Hajiji dibacakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew.

Hajiji berkata, Sabah yang kaya dengan budaya daripada 35 etnik dan 217 sub-etnik merupakan khazanah negeri yang amat bernilai untuk terus dipertahankan, demi meningkatkan perpaduan, selain sebagai sumber ekonomi negeri melalui industri
pelancongan, industri seni kreatif, termasuklah industri kecil dan sederhana yang berasaskan komuniti.

Menurutnya, Tarian Cina merupakan seni yang mengekspresikan emosi dalaman melalui bahasa badan dan mempersembahkan gambar yang indah. Persembahan tarian yang baik akan membawa inspirasi, meningkatkan nilai dan tahap kemanusiaan.

Beliau berharap melalui aktiviti itu dapat mencungkil lebih ramai bakat tarian yang akan menyumbang kepada pembangunan jangka panjang usaha kebudayaan Cina.

“Justeru penganjuran pesta ini dapat membantu mengetengahkan kepelbagaian budaya di Sabah, bukan sahaja untuk rakyat negeri ini, malahan kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

“Saya percaya pesta itu juga berupaya mempromosikan kebudayaan masyarakat Cina, sekali gus menarik lebih ramai pengunjung ke negara ini khususnya ke Sabah”, katanya.

Beliau juga mahu masyarakat Cina dan pencinta budaya tarian agar memberikan sokongan penuh kepada aktiviti itu kerana tarian merupakan sumber mengembangkan kecerdasan dan memupuk kreativiti, selain dapat menghindarkan golongan muda
daripada aktiviti yang tidak sihat.

RELATED ARTICLES
Utama

Sydney dinobat pemenang peringkat serantau Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya