HomeUtamaMartabatkan Al-Quran demi kemakmuran negara - Tun Juhar

Martabatkan Al-Quran demi kemakmuran negara – Tun Juhar

Read Time:1 Minute, 35 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu:  Umat Islam perlu memartabatkan ajaran Al-Quran demi kemakmuran ummah dan negara. 

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin berkata, selaku khalifah Allah umat Islam dituntut mewacana kehidupan di dunia selaras dengan ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran demi mencari kebenaran hakiki selain memakmurkan ummah dan negara.

“Umat Islam perlu kembali menghayati dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran, malah terdapat 750 kandungan ayat menggesa umatnya supaya belajar merenung dan menggunakan akal dengan sebaik-baiknya dalam mencari kebenaran yang hakiki. 

“Dalam masa yang sama, umat Islam perlu menciptakan tradisi untuk bersaing dan komitmen mendalam bagi melahirkan Al-Quran yang mampu menguasai pelbagai disiplin ilmu seperti perindustrian, perubatan, penyelidikan saintifik dan sebagainya sekaligus memajukan masyarakat,” katanya.

Tun Juhar berkata demikian ketika menyampaikan perutusannya sempena Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah Al Quran (MTHQ) Peringkat Negeri Sabah Tahun 1444H/2023M di Dewan Sa’adah Wisma MUIS, di sini semalam.

Katanya, sistem pendidikan yang menekankan penguasaan ilmu agama dan sains berkaitan tafsiran Al-Quran secara saintifik perlu diperkasakan dan penting dilakukan kerana wahyu ilahi merupakan pencerahan kepada ilmu sains dan teknologi.

“Adalah tidak memadai melahirkan qari dan qariah dan para hufaz yang ramai andai golongan berkenaan belum mampu menguasai dan mengaplikasi ilmu tersebut bagi memakmurkan ummah dan negara,” katanya.

Dalam pada itu, Tun Juhar turut mengajak umat Islam supaya kembali menghayati dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran, selain berharap agar graduan institusi tahfiz dan pengajian islam mengambil inisiatif membekalkan diri dengan pelbagai ilmu tambahan yang boleh membentuk keperibadian serta melaksanakan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara secara proaktif dan efektif. 

Hadir sama, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Arifin Mohd Arif.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Semak Semula Arahan MKN No 20 Untuk Mantapkan Mekanisme Pengurusan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya