HomeUtamaLaksana tugas dengan penuh integriti, amanah - Christina

Laksana tugas dengan penuh integriti, amanah – Christina

Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu : Kakitangan Taman-Taman Sabah (TTS) diingatkan untuk terus berpegang kepada integriti yang tinggi yang merupakan asas atau tunjang utama kepada kelangsungan kejayaan dan kemakmuran semua pihak.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata, kakitangan TTS juga diingatkan untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti, jujur, berdedikasi, ikhlas dan amanah.

“Berfikirlah secara kritis dan konstruktif, khususnya dalam usaha mencari penyelesaian secara kreatif dan inovatif, sebagai satu kelaziman.

“Sebagai seorang penjawat awam, semua pihak perlu memainkan peranan sebagai agen transformasi paling hadapan dan menjadi perantaraan antara rakyat dan Kerajaan yang berkesan ke arah menjayakan agenda transformasi negara.

“Marilah kita bersama-sama menjadi tunjang bagi membina sebuah perkhidmatan awam yang lebih berdaya saing di peringkat global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penghargaan Lembaga Pemegang Amanah TTS 2022 di sini kelmarin.

Teks ucapan beliau dibacakan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Ir Mohd Yusrie Abdullah.

Christina berkata, pada tahun ini, beberapa inisiatif telah dirancang termasuklah pembangunan Kinabalu International High Altitude Training Center di Gunung Kinabalu.

Selain itu katanya, inisiatif lain seperti pengisytiharan Geopark Kinabalu sebagai UNESCO Global Geopark dijangka pada bulan April 2023 dan pembinaan Pusat Penguatkuasaan atau Enforcement Command Centre secara digital di TTS, untuk kawalan dan pemantauan secara langsung atau ‘real time’.

“Pihak kementerian akan sentiasa membantu dan menyokong TTS menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Semak Semula Arahan MKN No 20 Untuk Mantapkan Mekanisme Pengurusan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya