HomeUtamaIbu bapa membesarkan kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai tanggungjawab besar - James

Ibu bapa membesarkan kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai tanggungjawab besar – James

Read Time:1 Minute, 48 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Golongan ibu bapa yang membesarkan dan mendidik kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai tanggungjawab besar dalam mendidik perkembangan kanak-kanak secara positif.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk James Ratib berkata, tugas mendidik kanak-kanak berkeperluan khas juga dilihat bukan suatu yang mudah.

“Ibu bapa juga harus peka dan prihatin untuk menjaga emosi sendiri dalam situasi yang sukar. Kanak-kanak berkeperluan khas semestinya memerlukan perhatian dan penjagaan yang khusus serta memerlukan perhatian dan kesabaran yang tinggi. 

“Mereka juga sering menghadapi masalah penyesuaian dalam situasi/ suasana yang baru. Justeru, untuk mempersiapkan kanak-kanak berkeperluan khas  menjadi sebahagian dari komuniti merupakan suatu tugas yang mencabar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Jerayawara Bengkel Keibubapaan: Pengendalian Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Peringkat Negeri Sabah di sini hari ini.

James berkata, kesihatan mental kanak-kanak dan ibu bapa atau penjaga perlu turut dimabil serius kerana ia dikenalpasti antara golongan berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan mental.

Katanya, ketika negara dilanda pandemik COVID-19,  banyak laporan di seluruh dunia menunjukkan peningkatan isu kesihatan mental di kalangan kanak-kanak  dan ibubapa /penjaga berbanding sebelum pandemik.

“Justeru itu, diharap bengkel keibubapaan ini dapat membantu ibubapa/penjaga untuk mempelajari serba sedikit panduan yang dapat menangani masalah gangguan emosi dan tingkahlaku kanak-kanak berkeperluan khas.

“Ia juga secara tidak langsungnya dapat mengurangkan tekanan stress yang berlebihan di kalangan ibubapa/penjaga,” katanya.

Sementara itu, James berkata, keprihatinan bagi hal ehwal kanak-kanak berkeperluan khas merupakan salah satu isu utama yang dititikberatkan oleh pihaknya dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM).

Katanya, data Pendidikan Khas 2020 menunjukkan peningkatan bilangan murid berkeperluan khas mengikut program dari 2016 hingga 2020.

“Selain dari segi pendidikan, perkhidmatan lain yang ditawarkan merangkumi pencegahan, pengesanan awal ketidakupayaan, rawatan serta rehabilitasi. Kerajaan juga telah memperluaskan perkhidmatan di klinik kesihatan dan memperkukuhkan jaringan kerjasama dengan agensi swasta and NGO dari segi pendidikan, kesihatan, pemulihan dan perlindungan.

“Kerjasama antara guru-guru, ibu bapa, pihak hospital, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan adalah amat penting dalam usaha membantu perkembangan dan kualiti hidup kanak-kanak berkeperluan khas dan seterusnya, membantu dalam kesejahteraan keluarga dan masyarakat,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya