HomeIsu tempatanGraduan PKK diseru tampil berani, bijaksana mendepani cabaran

Graduan PKK diseru tampil berani, bijaksana mendepani cabaran

Read Time:1 Minute, 36 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Graduan Politeknik Kota Kinabalu (PKK) diseru untuk terus tampil berani dan bijaksana dalam mendepani cabaran yang mendatang dengan tidak terlalu bersikap memilih pekerjaan.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) Datuk Seri Hashim Paijan berkata, sebaliknya para graduan mampu bersaing dan sentiasa berupaya mencipta dan mempunyai nilai tambah yang diperlukan oleh majikan.

Katanya, para graduan PKK juga perlu mempunyai keyakinan diri untuk terus menceburi bidang keusahawanan.

“Pada masa yang sama, PKK juga diharap akan terus komited dalam melaksanakan transformasi Pendidikan Negara khususnya ke arah mengarus perdanakan Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET).

“Ini adalah bagi memastikan keperluan tenaga pekerja berkemahiran tinggi dapat dihasilkan untuk pembangunan ekonomi yang berasaskan inovasi dan kreativiti selaras menuju Revolusi Industri 4.0. (IR4.0),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Konvokesyen PKK kali ke-27 bagi siding pertama di sini pagi tadi dan turut dihadiri Pengarah PKK Dullah Muluk.

Pada majlis itu seramai 1,476 graduan yang tamat pengajian diraikan dalam sesi pertama dan kedua bagi tahun 2021/2022.

Hashim berkata, era perubahan global masa kini yang memberi fokus terhadap IR4.0 yang menuntut anjakan paradigma dari aspek pemikiran yang lebih kreatif, inovasi dan berkompetensi.

Katanya, bagi mencapai matlamat itu, warga pensyarah wajar bersedia menghadapi perubahan dari segi kaedah bekerja dan berkolaborasi dengan pelbagai pihak untuk menjayakan proses transformasi seterusnya menjadi ikon kepada pelajar.

Menurutnya, ia adalah merangkumi ciri-ciri holistik, keusahawanan dan pemikiran seimbang, nilai-nilai murni dan peri laku mulia yang selaras dengan teras pertama dalam pelan transformasi perkhidmatan awam yang menyentuh keupayaan bakat individu.

“Di samping itu, bakat kebolehan, kecekapan, kepakaran dan kemahiran yang sedia ada perlu ditambah nilai serta digunakan sepenuhnya bagi memacu kejayaan politeknik sejajar dengan keperluan semasa agar institusi Politeknik khususnya PKK menjadi institusi pilihan utama para pelajar melanjutkan pengajian serta kekal relevan dengan keperluan pembangunan negara dan institusi amnya,” katanya. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya