HomeUtamaPenjawat awam perlu budayakan kerja berasaskan insaniah

Penjawat awam perlu budayakan kerja berasaskan insaniah

Read Time:1 Minute, 46 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu :  Penjawat awam negeri diminta membudayakan kerja berasaskan insaniah seiring dengan nilai profesionalisme dan kemanusiaan dalam penyampaian perkhidmatan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr. Safar Untong berkata, elemen keseimbangan ini penting bagi memperkasakan penyampaian selain peka dengan denyut nadi rakyat serta berintegriti dalam menjalankan tugas.

“Saya menyeru kepada penjawat awam negeri Sabah agar berkhidmat dengan sepenuh hati, responsif dengan kesusahan rakyat, tepat menyelesaikan isu dan inklusif dalam memberikan perkhidmatan terbaik agar keperluan sebenar rakyat dapat dipenuhi.

“Nilai ini juga perlu diletakkan sebagai indikator dalam setiap inisiatif dan program kerajaan negeri bagi membolehkan tahap kualiti penyampaian perkhidmatan penjawat awam negeri kepada rakyat dikenal pasti.

“Justeru, penjawat awam perlu memahami, menghayati dan mengamalkan empat tonggak utama iaitu empati, responsif, keterangkuman dan tepat,” katanya semasa berucap menyampaikan amanat kepada penjawat awam, di sini baru -baru ini.

Selain itu, Safar berkata, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri melalui Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah komited dalam meneruskan usaha melestarikan pembudayaan integriti dalam perkhidmatan awam negeri.

Katanya, sebanyak 38 program berimpak tinggi telah berjaya dilaksanakan sepanjang tahun lepas.

Manakala, program berimpak tinggi bagi tahun ini pula adalah seperti Polisi Pemberian Hadiah dan Sistem i-terima, Penyelarasan Pembangunan Pelan Risiko Rasuah dan Pelan Antirasuah Organisasi 16 agensi Jabatan Ketua Menteri, Pembangunan Mobile Apps Sistem i-Adu,  Pembangunan Sistem i-Perform, dan Seminar Pengurusan Aduan.

“Beberapa pekeliling berkaitan pengurusan tatatertib juga akan disemak semula selain penggubalan polisi baharu sebagai rujukan agar pengurusan tatatertib di setiap agensi perkhidmatan awam menjadi lebih cekap dan teratur.

“Pelan Strategik Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bertemakan “Moving Forward With Digitalization’ bagi tahun 2023 hingga 2024 juga berjaya dibangunkan dan dilancarkan hari ini (Khamis) yang mengandungi 20 program berimpak tinggi dan dilaksanakan oleh sembilan agensi strategik,” katanya.

Selain itu, tiga sistem program turut dilancarkan pada majlis tersebut iaitu Sistem i-Perform, Sistem SabahTamu dan Sistem i-Office (Intelligent Office Systems ), serta penyampaian Apresiasi Penarafan Bintang Integriti kepada 10 Kementerian Negeri dan Jabatan Ketua Menteri.

Hadir sama, Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Nor Asiah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya