HomeEkonomiSabah pengeluar utama biji koko negara

Sabah pengeluar utama biji koko negara

Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU: Sabah merupakan pengeluar utama biji koko negara dimana ia turut menyumbang sebanyak 57 peratus daripada jumlah keluasan tanaman koko negara seluas 3,444 hektar.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Siti Aminah Aching berkata, petani koko di negeri ini turut menyumbang kepada pengeluaran biji koko dan coklat premium termasuk coklat Bean-To- Bar, coklat Single Origin dan Artisanal Chocholate antaranya adalah petani koko di Kota Marudu dan Keningau.

Sehubungan dengan itu Siti Aminah yang juga Ahli Parlimen Beaufort mahukan industri ini dimajukan sebagai satu industri pertanian yang mampu meningkatkan taraf pendapatan seharian khususnya kepada petani koko di negeri ini.

“Potensi tanaman koko di negeri ini boleh dimajukan dan dikembangkan lagi sehubungan dengan itu galakan perlu diberikan kepada pekebun melalui penyelidikan, bantuan serta khidmat nasihat kepada pekebun untuk terus meningkatkan kualiti tanaman koko mereka,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan bersama kakitangan Lembaga Koko Malaysia (LKM) di Ibu Pejabat LKM di sini kemarin.

Hadir sama Ketua Pengarah LKM Dr. Ramle Kasin dan Timbalan Ketua Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan LKM Dr.Ahmad Kamil Mohd Jaafar.

Menurut Siti Aminah dalam tahun 2023 LKM akan melaksanakan projek Tanaman Baharu (TB23) dengan sasaran keluasan 200 hektar di seluruh negara dan dari jumlah tersebut 100 hektar adalah di Sabah dan 80 hektar di Sarawak dan 20 hektar di Semenanjung.

Katanya, industri hiliran di Sabah kini terdiri daripada empat syarikat pengilang coklat dan konfekasi koko serta 34 usahawan coklat tempatan dimana pada tahun 2022 nilai jualan usahawan coklat di Sabah adalah berjumlah RM792,351.

“Selaras dengan Pelan Strategi Lembaga Koko Malaysia (PSLKM) saya berharap program-program pembangunan untuk meningkatkan pengeluaran dan kemampanan koko akan terus digerakkan bagi meningkatkan pengeluaran koko, pendapatan petani dan usahawan,” katanya.

Tambah beliau, usaha-usaha berterusan dari LKM akan dapat membantu meningkatkan lagi hasil jualan usahawan dan menambah bilangan pengusaha-pengusaha Koko di Malaysia.

Mengenai lawatan itu Siti Aminah yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort berkata, ianya bertujuan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pelan tindakan pembangunan industri koko dan meninjau pembangunan industri koko di negeri ini selain suai kenal dengan kakitangan Lembaga Koko Malaysia yang bertugas di Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya