HomeUtamaRM50 juta diperuntukkan untuk usahawan francais tahun ini

RM50 juta diperuntukkan untuk usahawan francais tahun ini

Read Time:1 Minute, 35 Second

Shah Alam : Sebanyak RM50 juta diperuntukkan untuk usahawan francais melalui pelbagai skim pembiayaan di bawah Pernas pada tahun ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, peruntukan itu meliputi Skim Pembiayaan Francaisi/Francaisor, Skim Pembiayaan Pra-Francais/ Pra-Francaisor; Skim Pembiayaan Pra-Francais (Lisensor/Lisensi), Skim Pembiayaan BIT Pra-Francaisor/Pra-Francaisi dan Skim Recurve.

“Sehingga 31 Disember 2022, sebanyak RM299 juta pembiayaan francais disediakan kepada 1859 usahawan francais melalui pelbagai skim pembiayaan.

“Sebagai agensi di bawah KUSKOP, peranan Pernas dalam pembangunan usahawan francais telah mendokong matlamat KUSKOP untuk terus memperkukuh dan memperkasakan bidang keusahawanan francais.

“Pernas memberikan pelbagai bantuan dan sokongan kepada usahawan termasuklah kemudahan pembiayaan, latihan dan membuka peluang kepada para usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) untuk meneroka bidang keusahawanan francais,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Business in Transformation Expo 2023 (BITe), di Setia City Convention Centre, Setia Alam, di sini, semalam.

Ewon berkata, program BIT mampu membantu usahawan mikro dan kecil menjalankan perniagaan dengan lebih kompetetif dan efisien.

“Saya melihat penganjuran BITe 2023 bukan sahaja menggalakkan penyertaan usahawan baharu, malah turut membantu usahawan mikro dan kecil memperkenalkan model perniagaan dan mengembangkan jenama mereka.

“Saya juga yakin, dengan menawarkan pakej perniagaan yang kebanyakannya mampu milik, penganjuran BITe 2023 dengan penglibatan 60 pempamer daripada usahawan-usahawan BIT dapat mempelbagaikan pilihan model perniagaan seterusnya menggalakkan penyertaan lebih ramai dalam bidang keusahawanan,” katanya.

Ewon berkata, sehingga 31 Disember 2022, Pernas telah meluluskan pembiayaan kepada 313 usahawan BIT dengan jumlah sebanyak RM9.9 juta.

“Bagi tahun 2023, sebanyak RM2.5 juta telah diperuntukan bagi pelaksanaan program BIT yang akan memberi manfaat kepada 60 usahawan,” katanya.

Katanya lagi, pakej pembiayaan pra-francaisi BIT telah ditambahbaik dengan kemudahan pembiayaan sehingga RM50,000 untuk memberi peluang kepada bakal usahawan memiliki konsep perniagaan lebih baik.

“Penambahbaikan ini telah memberi peluang kepada ramai peniaga mikro dan kecil untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan penambahan outlet,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular