HomeSukanPiala Kalimaran Tenom kembali diadakan hujung bulan ini

Piala Kalimaran Tenom kembali diadakan hujung bulan ini

Read Time:1 Minute, 42 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Tenom: Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Tenom kembali menganjurkan Piala Kalimaran yang bakal berlangsung selama dua hari bermula 30 Mac ini.

Presidennya, Datuk Peter Anthony berkata, sama seperti sebelum ini, kejohanan itu dibuka kepada pasukan-pasukan daripada Tenom sahaja dan ianya diadakan sempena Pesta Kalimaran yang disambut pada 31 Mac.

Katanya, kejohanan yang akan berlangsung di Padang Pekan Tenom berkenaan terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori lelaki dan wanita.

“Bagi kategori lelaki, pasukan yang menjadi johan akan menerima hadiah wang tunai RM5,000, tempat kedua sebanyak RM2,000 dan tempat ketiga RM1,000 manakala hadiah sagu hati bagi tempat keempat dan kelima masing-masing akan menerima hadiah RM500.

“Selain itu, beberapa hadiah sampingan akan turut diberikan iaitu kepada pemain terbaik, penjaring gol terbanyak dan penjaga gol terbaik di mana masing-masing akan menerima hadiah RM200.

“Bagi kategori wanita pula, pasukan yang muncul sebagai juara akan menerima hadiah RM3,000, tempat kedua RM1,500 dan tempat ketiga RM1,000 manakala tempat keempat dan kelima juga masing-masing akan membawa pulang hadiah RM500,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa penganjur Piala Kalimaran, di pejabat SAFA Tenom, di sini, kelmarin

Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap berkata, penyertaan akan mula dibuka semalam sehingga 25 Mac depan.

Katanya, mana-mana pasukan yang ada di Tenom boleh mula mendaftar dengan menghubungi jawatankuasa penganjur iaitu Donneysius Ansuku selaku pengerusi penganjur di nombor 013-8966787 dan timbalannya Matius Piri di nombor 013-8710864.

Beliau berkata, kesemua pengurus dan ketua pasukan akan dipanggil pada 25 Mac nanti bagi tujuan taklimat mengenai peraturan serta sistem perlawanan.

“Majlis perasmian juga akan diadakan di Padang Pekan Tenom pada 30 Mac dengan pelbagai acara sampingan menarik akan turut diadakan.

“Antaranya ialah persembahan daripada suku kaum etnik di Tenom dan pastinya cabutan tiket  bertuah kepada mereka yang hadir.

“Selain itu, turut diadakan pada hari perasmian ialah perlawanan Piala Sumbangsih antara pasukan jawatankuasa SAFA Tenom dengan pasukan yang dibarisi pegawai-pegawai kerajaan di daerah ini (Tenom),” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya