HomeIsu tempatan150 kanak-kanak sertai program 'bersunat' di Weston

150 kanak-kanak sertai program ‘bersunat’ di Weston

Read Time:1 Minute, 3 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Beaufort: Seramai 150 orang kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah telah menyertai program berkhatan yang diadakan secara beramai-ramai bertempat di Masjid Nurul Iman Pekan Weston  di sini baru-baru ini.

Program yang dianjurkan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS); Masjid Nurul Iman Pekan Weston dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) itu telah dirasmikan oleh Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah Datuk Ruslan Muharam.

Aktiviti itu turut mendapat kerjasama pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan; Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah (PERKIPS) cawangan Beaufort dan beberapa agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

Ruslan ketika ditemui berkata, program itu merupakan antara pengisian sempena musim cuti sekolah yang sedang berlangsung pada masa ini.

Katanya, cuti sekolah merupakan peluang dan waktu yang sesuai untuk kanak-kanak yang terlibat mengambil bahagian dalam program seumpama ini.

Menurutnya, Islam itu adalah suci bermakna berkhatan salah satu kewajipan bagi orang – orang Islam.

“Kita harus menjaga kebersihan bukan sahaja luaran tetapi juga bahagian dalaman, menjadi satu tanggungjawab kita menjaga kebersihan yang dituntut oleh agama Islam itu sendiri,” katanya.

Tambahnya lagi, program seumpama itu akan terus dikembangkan di beberapa kawasan lain di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan pada masa akan datang. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya