HomePolitikGRS penyatuan politik terbaik terajui Sabah

GRS penyatuan politik terbaik terajui Sabah

Read Time:1 Minute, 27 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini semakin kukuh selain menjadi penyatuan politik terbaik bagi memerintah negeri Sabah.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, sejak beberapa bulan lalu, perkembangan politik di negeri ini sangat aktif dengan beberapa ‘drama’ dan kejutan yang dibuat oleh beberapa pemimpin parti politik.

“Antaranya drama yang dibintangi pemimpin UMNO,keputusan beberapa pemimpin untuk meninggalkan bahtera Warisan, dan juga penubuhan parti tempatan Gagasan Rakyat.

“Penubuhan Gagasan Rakyat juga selari dengan permintaan rakyat Sabah untuk menjadikan GRS sebagai satu gabungan semua parti tempatan.

“Saya berpendapat bahawa apa pun yang berlaku, ia memberikan kelebihan kepada GRS…GRS semakin kukuh dan saya percaya inilah gabungan yang terbaik untuk memerintah negeri ini,” katanya pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun PBS ke-38 di sini, semalam.

Teks ucapannya disampaikan oleh Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam.

Dalam pada itu, Maximus berkata, Akta Anti Lompat Parti juga akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

Katanya, ia adalah sebagai susulan kepada akta  sama yang telah berkuatkuasa di peringkat persekutuan sejak bulan Oktober tahun lalu.

“Sekiranya Akta Anti Lompat Parti diluluskan di DUN Sabah, isu ahli politik yang ingin ‘melompat’ setelah menang mungkin akan berlaku dalam suasana berbeza, mereka akan menjadi lebih kreatif untuk berhijrah ke parti lain, kerana budaya lompat parti ini seakan sangat sinonim dengan negeri Sabah.

“Antara semua negeri, kita mungkin mempunyai bilangan ‘katak’ yang paling ramai. Jika Akta ini diluluskan kelak, ramai ingin membunuh ‘katak yang melompat’ tetapi kita harus semat dalam minda, katak bukan sahaja kuat melompat, tetapi ia juga mampu menyelam.

“Oleh itu, kita perlu berfikir diluar kotak untuk menangani masalah ini sebelum ia berlaku,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular