CI@UMS anjur ceramah evolusi masakan cina Sabah dari China Rabu ini

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 8 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Confucius Institute, Universiti Malaysia Sabah (CI@UMS) meneruskan siri Ceramah Di Bawah Bayu kali ke-24 dengan mengetengahkan topik ceramah bertajuk bertajuk “Evolusi masakan Cina Sabah dari China” yang akan berlangsung pada Rabu ini.

Ceramah yang akan berlangsung di Theatrette Ahmad Nisfu, Akademik Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) UMS bermula jam 7.30 malam itu akan disampaikan oleh Pengasas Media Miao in Sabah, Angelina Zhang.

Menurut kenyataan dari CI@UMS, selain mempromosikan jenama perniagaan tempatan berkualiti tinggi dan menonjolkan peluang perniagaan China-Malaysia, kehadiran Angelina Zhang juga merupakan satu peluang untuk mempromosikan negeri Sabah kepada dunia.

CI@UMS turut menjelaskan ceramah yang akan disampaikan merangkumi pengenalan kepada lapan jenis masakan Cina dari China serta perubahan dan integrasi pemakanan tersebut dalam kehidupan masyarakat Cina Malaysia.

‘Masakan Cina yang terdapat di Sabah seperti tauhu sumbat dan nasi lei cha dari etnik Hakka, nasi ayam dari Hainan, dim sum Hong Kong dan mee goreng Hokkien juga akan dibincangkan.

“Seterusnya, ceramah ini juga akan mempromosikan beberapa hidangan daripada kaum lain di Sabah seperti kuih-muih Nyonya dan beberapa lagi yang mungkin menerima pengaruh dari masakan Cina,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Ceramah Di Bawah Bayu itu terbuka secara percuma berserta dengan uji rasa makanan kepada masyarakat umum, dan akan dikendalikan dalam Bahasa Mandarin.

Orang awam dialu-alukan untuk menghadiri ceramah tersebut. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *