HomeUtamaHajiji alu-alukan bekas ADUN Umno dan Warisan sertai Gagasan Rakyat

Hajiji alu-alukan bekas ADUN Umno dan Warisan sertai Gagasan Rakyat

Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno dan tiga bekas ADUN dari parti Warisan Sabah (Warisan) untuk menyertai Gagasan Rakyat.

Perkara itu disuarakan oleh Hajiji semasa ditemui pemberita selepas menghadiri Program Bicara Pemimpin Muda Bersama Ketua Menteri sempena sambutan peringatan Hari Antidadah Tahun 2023 Peringkat Negeri
Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

Menjawab persoalan sama ada Gagasan Rakyat menerima secara rasmi permohonan bekas ADUN Umno dan Warisan yang menyatakan pendirian menyertai Gagasan Rakyat, Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, beliau memang menerimanya.

“Memang diterima… itu hak mereka untuk menentukan pendirian dan masa depan politik mereka, jadi bagi saya kita mengalu-alukan penyertaan mereka kerana kita mahu memberi fokus kepada satu perpaduan yang jitu.

“Ini juga satu usaha untuk memajukan memberi khidmat kepada rakyat terutama di kawasan masing-masing,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular