HomeSukanPadang berlumpur tidak halang Sabah FC cipta kemenangan ketiga

Padang berlumpur tidak halang Sabah FC cipta kemenangan ketiga

Read Time:1 Minute, 40 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kuching : Sabah FC meneruskan rentak kemenangan di gelanggang lawan apabila berjaya menewaskan Kuching City FC 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Negeri di sini malam ini.

Sebaik wisel pertama ditiup, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee tidak menunggu lama untuk melakukan serangan ke gawang tuan rumah dengan beberapa percubaan awal.

Pemain import Sabah FC, Saddil Ramdani hampir mencipta gol awal apabila melakukan percubaan diluar kotak penalti tuan rumah namun rembatannya terus kedakapan penjaga gol Kuching City FC Julian Garcia Schwarger pada minit ke-3.

Selang lapan minit kemudian, pemain tuan rumah Zahrul Nizwan Joe Kifli mencemaskan pasukan Sabah FC dengan percubaan jarak jauh bagaimanapun sepakannya melewati palang skuad Badak pada minit ke-11.

Keadaan padang yang berlumpur tidak menghalang buat Sabah FC mencipta gol pertama menerusi jaringan Saddil Ramdani pada minit ke-23 selepas menerima hantaran dari ketua pasukan Park Taesu membolehkan Sabah mendahului jaringan 1-0.

Tersentak dengan gol itu, Kuching City FC cuba mencari peluang untuk menyamakan kedudukan dengan beberapa percubaan namun berjaya dipatahkan pertahanan Sabah FC.

Masa tambahan separuh masa pertama, Kuching City FC akhirnya berjaya menyamakan kedudukan apabila pemain import tuan rumah Abu Kamara menjaringkan gol pada minit ke-46 selepas berlaku keadaan kelam kabut didalam kotak penalti Sabah FC menjadikan kedudukan berubah 1-1.

Tamat masa rehat, Sabah FC terus mencari peluang dan mengatur beberapa serangan kegawang tuan rumah bagi menambah gol di laman lawan.

Keadaan kelam kabut di kawasan kotak penalti tuan rumah membolehkan Sabah FC menambah gol kedua menerusi jaringan pemain import Telmo Castanheira pada minit ke-57 selepas menerima bola tolakan daripada Darren Lok menjadikan kedudukan 2-1.

Keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan menjadikan Sabah FC mencatat kemenangan ketiga berturut-turut selepas menewaskan PDRM FC (4-0) dan Kelantan United FC (3-1) di Stadium Likas sebelum ini.

Sabah FC kini berada ditangga kedua dengan mengutip sembilan mata dan akan bertemu Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur pada 12 Mac ini.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Pasukan futsal lelaki Sabah sasar juara pada Sukan MAKSAK 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya