HomeIsu tempatanIndustri kreatif akan memacu ekonomi Sabah ke tahap baharu

Industri kreatif akan memacu ekonomi Sabah ke tahap baharu

Read Time:1 Minute, 42 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Industri kreatif di negeri ini menjanjikan masa depan cerah selain dapat memacu ekonomi Sabah ke tahap baharu yang lebih tinggi.

Pengetua Akademi Kreatif SCENIC (SCA), Geoffrey Sinn Chun Hou, berkata ia sejajar unjuran nilai global ekonomi kreatif yang mencecah $985 bilion pada 2023 seperti dilaporkan G20 Insights.

Katanya, jumlah itu boleh mewakili 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebelum 2030.

Beliau berkata, industri kreatif bukan hanya mampu menjana hasil yang signifikan untuk memandu ekonomi negeri, malah berpotensi memberi kesan positif kepada industri besar yang lain.

“Contohnya pelancongan, pertanian, pembuatan dan industri besar lain yang ada di Sabah boleh memanfaatkan pelbagai tahap bakat kreatif yang ada untuk mengembangkan perkongsian pasaran mereka dan meninggalkan pesaing mereka,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Pada 2020, Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC) ditauliahkan sebagai Pusat Latihan Toon Boom yang sah, iaitu pertama di Malaysia.

Kini, SCENIC, satu inisiatif di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah memutuskan mewujud dan melantik SCA bagi mengurus program pembangunan bakat dan kreatif di Sabah.

Akademi berkenaan antara lain menyediakan latihan industri dan program persijilan, peluang meningkatkan kemahiran serta kempen penempatan pekerjaan.

Esok, seramai 10 pelajar kumpulan pertama akan bergraduasi daripada SCA selepas enam bulan mengikuti Program Bridging Industri Toon Boom dan mendapat penempatan pekerjaan.

Geoffrey menambah, Sabah kaya dengan warisan budaya yang penuh dengan bakat kreatif dalam bidang seperti muzik, seni persembahan, seni dan reka bentuk, pembuatan filem serta animasi.

“Walaupun kaya dengan bakat, kurangnya industrilisasi dan peluang pekerjaan dalam industri kreatif mengehadkan pertumbuhan bakat tempatan dan menyukarkan mereka bersaing dalam pasaran global.

“Situasi ini bagaimanapun mula berubah dengan kehadiran SCA selaku satu inisiatif tempatan yang disasar untuk membuka kunci potensi bakat kreatif Sabah.

“Usaha ini dilaksanakan bagi mentransformasi bakat menganggur kepada tenaga kerja kreatif yang mahir yang dapat memandu masa depan ekonomi kreatif di Sabah.

“Ia kekal dilihat tidak kira sama ada kerajaan terlepas pandang lombong emas bakat kreatif di Sabah atau memberi sokongan terhadap apa yang mereka perlukan untuk menyinar,” katanya.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

58 beg darah berjaya dikutip, bantu pesakit memerlukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular