HomeEkonomiAgenda Sabah Maju Jaya kini di landasan yang tepat, hasil bakal dinikmati...

Agenda Sabah Maju Jaya kini di landasan yang tepat, hasil bakal dinikmati seluruh rakyat sabah

Read Time:6 Minute, 24 Second

OLEH

Wan Azrain Adnan
penulis tamu ekonomi Sabahmedia

Pada hujung November 2022, Ketua Menteri Sabah telah membentangkan Belanjawan Negeri Sabah 2023 dengan tema ‘Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera’, selaras dengan Pelan Pembangunan Negeri Sabah Maju Jaya 2021 – 2025, yang dilancarkan pada Mac 2021.

Belanjawan 2023 tersebut merupakan belanjawan terbesar Sabah sejak merdeka, dengan anggaran pendapatan sebanyak RM 5.268 billion dan anggaran perbelanjaan sebanyak RM 5.138 billion, menjadikan-nya belanjawan lebihan (surplus budget), iaitu pendapatan melebihi perbelanjaan dengan jumlah RM 130.47 juta.

Anggaran pendapatan tersebut termasuklah hasil cukai berjumlah RM 2.405 billion, di mana Cukai Jualan Negeri adalah sebanyak RM 2.270 billion. Cukai Jualan Negeri ini meliputi minyak sawit mentah (CPO) dan produk petroleum. Industri minyak dan gas serta kelapa sawit merupakan penyumbang utama kepada hasil pendapatan dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sabah. Kedua-dua industri berkenaan dijangka akan terus memacu pembangunan Sabah.

Pada tahun 2021, sektor pertanian menyumbang sebanyak RM 12.5 billion (15.9%) kepada KDNK Sabah, iaitu ke-3 terbesar selepas Sektor Perkhidmatan (RM 37.2 billion, 47.3%) dan Sektor Perlombongan & Pengkuarian (RM 20.4 billion, 26%).

Dan pada masa yang sama, ianya menyediakan hampir 500,000 pekerjaan, dan merupakan jumlah pekerjaan ke-2 tertinggi (25.9%) selepas sektor perkhidmatan di Sabah.

Di dalam sektor pertanian Sabah, kelapa sawit merupakan komponen yang terbesar, iaitu melebihi 60%. Terdapat lebih 1.5 juta hektar tanah di Sabah diguna- pakai untuk perladangan kelapa sawit. Malah, kawasan kelapa sawit di Sabah merangkumi 26% daripada jumlah keseluruhan kawasan kelapa sawit di Malaysia, iaitu ke-2 terbesar selepas Sarawak.

Oleh itu, kutipan hasil Cukai Jualan Negeri ke atas minyak sawit mentah adalah sumber pendapatan negeri yang penting. Namun begitu, menurut laporan media, Menteri Kewangan II Sabah berkata siasatan pihak berkuasa mendapati bahawa ada kilang minyak kelapa sawit yang mengelak daripada membayar Cukai Jualan Negeri, melibatkan jumlah cukai jutaan ringgit.

PENGUATKUASAAN DAN PERCUKAIAN

Pada Mei 2022, media melaporkan ada pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan negeri Sabah telah di tahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana di percayai menerima rasuah untuk melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada Kementerian Kewangan Sabah.

Aktiviti pemalsuan sebegini menyebabkan kerugian kutipan hasil Cukai Jualan Negeri yang amat besar. Sebagai contoh, untuk tahun 2021, data Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menunjukkan bahawa Sabah telah menghasilkan sejumlah 4.36 juta tan minyak sawit, dengan anggaran nilai sejumlah RM 19.53 billion. Dengan kadar 7.5%, jumlah Cukai Jualan Negeri minyak sawit mentah yang sepatutnya di kutip ialah RM 1.47 billion.

Namun begitu, untuk Belanjawan 2021, Kerajaan Negeri Sabah hanya menganggarkan kutipan sejumlah RM 788 juta. Ini menunjukkan perbezaan ketara sejumlah RM 678 juta (53%). Malah, untuk tahun 2022, kutipan hasil Cukai Jualan Negeri untuk minyak sawit mentah di anggarkan sebanyak RM 810 juta.

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PERTANIAN PINTAR

Industri kelapa sawit dapat menyumbang kutipan hasil cukai jualan yang lebih tinggi dengan peningkatan produktiviti melalui penggunaan Model Pertanian Pintar, yang merangkumi teknologi terkini seperti – dron, robotik dan Kecerdasan Buatan/ Artificial Intelligence (AI). Ini selaras dengan agenda Sabah Maju Jaya yang mendukung Revolusi Industri Ke-4 (IR 4.0). Penggunaan teknologi akan dapat memastikan industri kelapa sawit di Sabah terus mampan.

Secara am-nya, Model Pertanian Pintar dapat menghasilkan pelbagai manfaat, termasuklah – menambah pendapatan, meningkatkan hasil tanaman, mengoptimumkan penggunaan racun dan baja, membantu kelestarian alam sekitar serta mengurangkan pendedahan manusia kepada racun.

Tambahan lagi, penggunaan teknologi dapat mengurangkan kebergantungan tinggi kepada tenaga kerja manusia di dalam perladangan kelapa sawit, terutamanya pekerja asing. Ianya dapat menarik minat bakat muda di Sabah untuk terlibat di dalam sektor perladangan dengan memiliki kemahiran teknologi tinggi serta kerjaya yang berdaya-saing.

Syarikat-syarikat kelapa sawit di Malaysia telah mula menggunakan teknologi dron dan AI untuk pengurusan serta operasi ladang. Oleh itu, pekebun kecil kelapa sawit juga wajar di didik serta di bantu untuk mengguna-pakai teknologi terkini. Di Sabah, hampir 15% (212,199 hektar) kawasan kelapa sawit adalah milik pekebun kecil. Transformasi pekebun kecil kelapa sawit dapat memberi impak yang besar kepada ekonomi dan pembangunan Sabah, serta kualiti hidup pekebun kecil.

INDUSTRI MINYAK DAN GAS

Industri minyak dan gas merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi Sabah, menyumbang lebih 20% kepada KDNK Sabah. Sejak April 2020, Kerajaan Negeri Sabah telah mengenakan Cukai Jualan Negeri ke atas produk petroleum iaitu minyak mentah petroleum, gas asli serta gas asli cecair.

Dalam tempoh 26 bulan, dari April 2020 sehingga Jun 2022, Kerajaan Negeri Sabah telah berjaya mengutip Cukai Jualan produk petroleum sejumlah RM 2.458 billion. Malah, hasil cukai jualan daripada produk petroleum akan meningkat setelah produk petroleum seperti urea dan ammonia juga di kenakan Cukai Jualan Negeri bermula Ogos 2022, dengan anggaran hasil cukai sebanyak RM 110 juta setahun.

Tambahan lagi, industri minyak dan gas juga menyumbang royalti petroleum kepada Kerajaan Negeri Sabah. Di bawah Belanjawan Negeri Sabah 2023, royalti petroleum di anggarkan sebanyak RM RM1.35 billion, iaitu 26% daripada anggaran pendapatan negeri Sabah.

Sipitang Oil & Gas Industrial Park (SOGIP).

Industri minyak dan gas di Sabah di jangka terus berkembang dengan pesat. Pelbagai pelaburan dan aktiviti berkaitan telah di laporkan, termasuklah:

  • 19.6 billion untuk projek keluli hijau (green steel) di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP), yang bakal menyediakan 30,000 peluang pekerjaan
  • PETRONAS telah mencapai Keputusan Pelaburan Akhir (FID) bagi pembinaan kemudahan gas asli cecair (LNG) berhampiran pesisir di SOGIP, di mana loji LNG baharu tersebut di jangka meningkatkan jumlah pengeluaran LNG daripada 2.7 kepada 4.7 juta tan metrik setahun (MTPA) di Sabah

Memandangkan kepentingan industri minyak dan gas, Kerajaan Negeri Sabah telah mengambil beberapa langkah utama untuk meningkatkan penglibatan kerajaan serta pengawalan industri ini, antaranya:

  • dengan kerjasama PETRONAS, Kerajaan Negeri Sabah telah melancarkan Pelan Induk Gas Sabah untuk membangunkan industri gas di Sabah secara mampan, serta membina ekosistem pelaburan yang menarik
  • Kerajaan Negeri Sabah telah meningkatkan pegangan ekuiti di dalam syarikat PETRONAS LNG9, yang telah menambah kutipan pendapatan kerajaan negeri sebanyak RM 202 juta
  • Kerajaan Negeri Sabah akan memiliki 25% ekuiti di dalam syarikat PETRONAS Chemicals Fertiliser Sabah Sdn Bhd (PCFSSB), yang mengendalikan kilang ammonia dan urea di SOGIP. . Ia merupakan kilang urea ke-3 terbesar di rantau Asia Pasifik
  • aset huluan gas Petronas telah di pindah-milik kepada Sabah Energy Corporation (SEC), iaitu sebuah agensi milik Kerajaan Negeri Sabah, seterusnya menjadikan SEC sebagai pembekal dan pengangkut gas asli domestik terbesar di Sabah
  • Dewan Undangan Negeri Sabah telah meluluskan Rang Undang-Undang Bekalan Gas 2023 dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023.
  • Ini adalah langkah pemindahan kuasa daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sabah untuk mengawal-selia sektor pembekalan gas di Sabah

Ketua Menteri Sabah di laporkan berkata bahawa Sabah telah menerima pelaburan sebanyak RM 33.4 billion serta berjaya mengutip hasil sebanyak RM 6.6 billion pada tahun 2022. Tambahan lagi, Sabah telah di beri peruntukkan sebanyak RM 6.5 billion di bawah Belanjawan Negara 2023. Dengan itu, Sabah di jangka mencatat pertumbuhan ekonomi pada kadar 4% hingga 5% pada tahun 2023, jauh lebih tinggi berbanding dengan pertumbuhan ekonomi terdahulu yang rendah iaitu: 2018 (1.5%), 2019 (0.7%), 2020 (-9.2%) dan 2021 (1.1%).

Pada masa yang sama, pertumbuhan ekonomi tersebut dapat menjana ribuan peluang pekerjaan untuk rakyat Sabah. Ini sudah pasti dapat mengurangkan kadar pengganguran yang tinggi di Sabah. Pada tahun 2021, kadar pengganguran di Sabah ialah 8.2% (tertinggi di Malaysia), meningkat dari 5.8% pada 2019. Di samping itu, peluang pekerjaan ini dapat menarik rakyat Sabah untuk kembali berkhidmat di Sabah. Ketika ini, di anggarkan hampir 200,000 rakyat Sabah sedang bekerja di Semenanjung Malaysia.

Agenda Sabah Maju Jaya nampaknya berada di landasan yang baik dan menuju kejayaan. Hasil pencapaian-nya bakal di nikmati oleh seluruh rakyat Sabah.



RELATED ARTICLES
Utama

Bekas wartawan penderma organ pertama di Sabah tahun ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya