90 rumah terbakar di Kloni Setinggan Cenderamata

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:46 Second

SANDAKAN: Sebanyak 90 rumah terlibat dalam satu kebakaran di Kloni Setinggan Cenderamata dekat sini awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sandakan, pihaknya menerima maklumat kes kejadian kebakaran daripada orang awam pada jam 4.45 pagi tadi (6 Mac).

“Setiba pasukan APM di lokasi pada jam 5.40 pagi operasi pemadaman api terkawal dan pada jam 7.48 pagi operasi pemadaman api dapat dikawal sepenuhnya oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan,” katanya.

Katanya, kebakaran yang melibatkan 90 buah rumah termasuk 80 buah rumah musnah manakala sepuluh Buah rumah separuh musnah.

“Mangsa-mangsa kebakaran seterusnya dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara di PPR Batu Sapi.

“Selain APM, JBPM, agensi keselamatan lain yang turut membantu di lokasi kejadian iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS),” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *