HomeUtamaAnwar mahu MoF digeruni kerana prinsip tatakelola tegas

Anwar mahu MoF digeruni kerana prinsip tatakelola tegas

Read Time:51 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu Kementerian Kewangan (MoF) mengangkat martabatnya dan digeruni kerana memiliki prinsip tatakelola tegas.

Berucap pada majlis perhimpunan MoF, Anwar yang juga menteri kewangan tidak mahu perkara mensia-siakan dalam MoF, sebaliknya mahu ia kembali melaksanakan tanggungjawab dengan tegas dari segi perolehan, pengagihan, peruntukan, dan seumpamanya.

Beliau berkata, warga MoF tidak harus membenarkan sebarang usaha memunggah kekayaan dengan menipu dan mengambil kesempatan daripada kontrak.

“MoF perlu digeruni kerana tatakelola yang tegas,” katanya pada majlis yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Johan Mahmood @ Johan Mahmood Merican.

“Saya harap MoF muncul sebagai kementerian gagah dari segi tatakelola, kepintaran, kesungguhan, berkhidmat jadi mercu tanda,” kata Anwar.

Anwar berkata, MoF harus memantau prinsip kewangan lebih telus kerana ia satu misi besar kerajaan dalam memerangi segala penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

“Soal tadbir urus adalah serius kerana sekiranya tidak tegas, maka negara akan gagal,” katanya menambah kerajaan perpaduan pimpinannya tekad untuk membangunkan Malaysia supaya menjadi hebat bukan sahaja di rantau ini, malah di dunia.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular