200 peserta berjaya tamat kursus jurusolek, dandanan rambut di Keningau

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 17 Second

KENINGAU: Seramai 200 peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang berjaya menamatkan kursus jurusolek dan dandanan rambut pengantin yang diadakan di sebuah hotel di sini baru-baru ini.

Antara peserta kursus yang hadir berlangsung selama lima hari di Keningau. – Foto ihsan JPMTS

Kursus tersebut dikawal selia oleh Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat Tionghua STAR Sabah (JPMTS) Bahagian Keningau dan BDF Event Organiser serta dianjurkan oleh EMMIR Academy & Consultancy itu mendapat sambutan hangat daripada orang ramai di daerah ini.

Pengerusi JPTMS, Datuk Kapitan Stephen Teo berkata, walaupun penyertaan hampir 400 orang dalam tempoh tujuh hari pendaftaran secara dalam talian dibuka tetapi hanya 200 peserta yang terpilih.

“Ini kerana masalah ruang atau kapasiti bilik latihan yang terhad kepada 200 orang saja.

“Jadi penduduk di Keningau ini amat bertuah kerana program ini dapat dianjurkan di kawasan pedalaman dan ia telahpun menjadi kenyataan,” katanya.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Ketua Bahagian STAR Kapayan, Jafery Jomion pada majlis perasmian program itu baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu, Jafery turut menasihatkan kepada para peserta yang diberi peluang mengikuti kursus itu supaya dapat memanfaatkan apa yang telah dipelajari.

“Ini kerana peserta tidak perlu mengeluarkan wang ratusan hingga ribuan ringgit untuk mengikuti kursus berkenaan yang diadakan serentak kerana ia 100 peratus percuma malah turut diberikan elaun, sijil penyertaan serta hadiah wang tunai menerusi pertandingan solekan yang diadakan.

“Jadi diharap peserta dapat belajar bersunguh-sungguh dan buktikan kejayaan yang diperoleh hasil daripada sepanjang lima hari kursus itu diadakan,” katanya.

Turut hadir dalam majlis perasmian itu ialah Timbalan JPMTS, Lion Shun dan Pegawai Pejabat Parlimen Keningau, Clement Liew.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *