HomeUtamaMatbali bangkit enam isu rakyat Sipitang di Parlimen

Matbali bangkit enam isu rakyat Sipitang di Parlimen

Read Time:2 Minute, 15 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kuala Lumpur : Bekalan air bersih selain liputan telekomunikasi menjadi antara isu dan perkara yang dibangkitkan Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah Ketika membahaskan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat di sini semalam.

Selain itu, Matbali turut membangkitkan empat lagi isu yang sering menjadi masalah kepada penduduk di Parlimen Sipitang.

Antaranya seperti Pendidikan; kesihatan;; hakisan jalan dan tebing sungai serta pelebaran jalan.

Beliau meminta agar kerajaan menerusi kementerian dan agensi berkaitan untuk memberi perhatian khusus terhadap isu dan masalah berkenaan.

Ketika perbahasan Titah Diraja, Matbali turut mengetengahkan tujuh isu lain dan permasalahan penduduk di kawasan yang beliau wakili.

“Isu bekalan air di Sipitang perlu dipertingkatkan dengan mengambil kira kemampuan dan keupayaan loji-loji sedia ada selain projek air bersih di Beaufort juga perlu dinaik taraf kerana ia turut menyalurkan  bekalan kepada sebahagian penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan, iaitu salah satu DUN dalam Parlimen Sipitang.

“Jika bekalan air bersih di Beaufort dapat ditingkatkan kapasitinya, maka isu-isu air dialami penduduk di beberapa kampung seperti Bangkalalak, Mintulud, Suasa, Bintuka, Padas Damit dan Jabang serta persekitarannya akan dapat diselesaikan,” katanya.

Kampung lain yang tidak mempunyai saluran paip termasuklah Kampung Kangsa, Kukub, Jabang dan Indulibai dengan jumlah penduduk lebih 1,200 orang.

Bagi isu pendidikan, beliau berkata banyak sekolah menengah dan rendah masih berkeadaan daif, dan perlu dinaik taraf.

Justeru, beliau turut meminta kerajaan mempertimbangkan untuk mewujudkan sebuah sekolah menengah di Long Pasia, berikutan jarak kawasan tersebut melebihi 140 kilometer ke sekolah menengah terdekat di pekan Sipitang.

“Long Pasia juga merupakan `mutiara Sipitang’ kerana kedudukan geografinya berpotensi membangun sebagai  destinasi pelancongan utama.

“Sehubungan itu, Long Pasia perlu dihubungkan dengan sistem telekomunikasi, untuk kemudahan penduduk, petugas kerajaan serta pelancong yang berkunjung.

“Kita berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) membina lebih banyak menara pemancar di kawasan ini yang merangkumi kawasan sekitarnya seperti Long Mio, Meligan, Iburu dan Ulu Bole,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pembinaan pusat latihan kemahiran untuk Sipitang juga diperlukan bagi memenuhi keperluan, seiring pendekatan Belanjawan 2023 mengupayakan Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Bagi isu kemudahan kesihatan, beliau meminta supaya kemudahan klinik disedia di beberapa perkampungan jauh terpencil.

Matbali juga meminta supaya isu hakisan jalan dan tebing Sungai Padas segera ditangani kerana dikhuatiri mengancam keselamatan pengguna.

Antara jalan terjejas teruk ialah jalan Kg. Luagan Sanginan, Batandok Lupak, Lupak, Tuhu Lupak, Gadong, Labi, Lalanggut,  Suasa, Kaundu, Pintas dan Barumbai. 

Dalam pada itu, beliau turut meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk melebarkan jalan raya dari Kg Lajau ke Kampung Kabajang, dalam kawasan DUN Lumadan.

“Pelebaran bahu jalan ini penting untuk memudahkan pengguna atau penduduk  meletakkan kenderaan, terutama ketika berlaku kecemasan atau mengadakan sebarang majlis atau kenduri,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular