HomeIsu tempatanUMS tingkat prasarana mesra OKU dalam kampus

UMS tingkat prasarana mesra OKU dalam kampus

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak RM500,000 dana tambahan diluluskan bagi meningkatkan lagi prasarana mesra Orang Kurang Upaya (OKU) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr Kasim Mansor berkata, dalam memberikan keselesaan kepada pelajar OKU, UMS telah menyediakan blok OKU lelaki dan perempuan di Kolej Kediaman Tun Fuad yang dilengkapi kemudahan infrastruktur dan aksesibiliti yang bersesuaian untuk golongan tersebut.

“Selain itu, Pusat Pengurusan Orang Kurang Upaya (PPOKU) bersama Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) juga telah mengenal pasti beberapa lokasi yang diperlukan bagi melengkapi kemudahan berkenaan di sekitar kawasan kampus.

“UMS juga dalam usaha menyediakan kemudahan mesra OKU di masjid yang mana PPOKU dan JPP telah mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM550 ribu tahun lepas untuk tujuan pembinaan lif dan kini dalam proses pemilihan pembekal yang bersesuaian,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Naib Canselor 2023 di Dewan Bankuasi UMS, di sini hari ini.

Pada majlis amanat itu, beliau turut menyentuh beberapa perkara lain antaranya Malaysia MADANI dalam konteks UMS, sokongan terhadap 11 azam yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), keterampilan penyelidikan, penyelidikan dan pengkomersilan, makmal hidup, kecemerlangan akademik serta kesejahteraan warga UMS.

Seramai 200 kakitangan terdiri daripada ketua-ketua jabatan, ketua-ketua pentadbiran, pegawai-pegawai, kakitangan pelaksana, pelajar dan wakil kesatuan sekerja hadir ke majlis berkenaan.

Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah UMS, Datuk Vincent Pung, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Ir. Dr. Rosalam Sarbatly dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Raman Noordin.

Pada majlis sama, Kasim turut melancarkan buku elektronik Jabatan Pendaftar UMS bertajuk ‘ebook: Panduan Pekerja UMS.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya