HomeUtamaHajiji yakin projek pembangunan KKDW untuk Sabah dilaksana lebih teratur dan cepat

Hajiji yakin projek pembangunan KKDW untuk Sabah dilaksana lebih teratur dan cepat

Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yakin program dan projek pembangunan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk Sabah akan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan cepat.

Katanya, Sabah merupakan antara negeri terbesar di Malaysia sangat memerlukan sokongan dan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan kemudahan infrastruktur asas dan utiliti seperti bekalan air, elektrik, jalan luar bandar, liputan komunikasi dan lain-lain.

“Kemudahan infrastruktur asas dan utiliti tersebut amat diperlukan oleh Sabah memandangkan negeri ini agak ketinggalan dalam aspek berkenaan khususnya di kawasan luar bandar.

“Inisiatif turun padang oleh pihak KKDW yang diketuai sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan memastikan program dan projek KKDW
untuk Sabah dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan cepat”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Penyelarasan KKDW Bersama Kerajaan Sabah Tahun 2023 dipengerusikannya bersama Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam (Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri), Datuk Ir Shahelmey Yahya (Menteri
Kerja Raya Negeri), Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang, Ketua Setiausaha KKDW, Dato’ Sri Ramlan Dato’ Harun dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong.

Hajiji yang mengalu-alukan Mesyuarat Penyelarasan itu yang juga julung kali diadakan berkata, ia dapat memperkukuhkan kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan Kementerian dalam memastikan kelancaran pelaksanaan program-program pembangunan KKDW di Negeri Sabah.

Katanya, Kerajaan Negeri menyambut baik syor daripada Perdana Menteri dan Kerajaan Pusat, bahawa projek-projek Persekutuan yang bernilai RM50 juta ke bawah, Kerajaan Negeri bertanggungjawab melaksanakannya dengan menggunakan kepakaran tempatan serta dipantau oleh kementerian yang berkenaan.

Menurutnya, Kerajaan Negeri akan memberikan kerjasama kepada Kerajaan Pusat khususnya KKDW dalam hal-hal berkaitan pembangunan agar projek-projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat dapat dipercepatkan pelaksanaannya.

RELATED ARTICLES
Utama

Jabatan Perhutanan perlu terus tingkatkan kutipan hasil hutan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya