HomeUtamaMUIS peruntuk RM18.68 juta untuk diagih kepada asnaf, amil

MUIS peruntuk RM18.68 juta untuk diagih kepada asnaf, amil

Read Time:2 Minute, 4 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) memperuntukkan sebanyak RM18.68 juta untuk diagihkan sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini.

Yang DiPertua MUIS Datuk Seri Yahya Hussin berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM17.25 juta akan diagihkan kepada asnaf miskin, miskin dan mualaf.

Katanya, agihan itu adalah bagi menggembirakan hati penerima dan sebagai persediaan untuk menyambut 1 Syawal.

“Manakala sebanyak RM1.43 juta lagi akan diagihkan kepada 2,200 orang Amil Fitrah sebagai upah amil kerana bertugas memungut dan mengagih-agihkan zakat fitrah sepanjang bulan ramadan tahun ini.

“Pada tahun ini MUIS telah melantik penyelaras wakil amil dan wakil amil zakat fitrah yang terdiri daripada Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), penjawat awam, imam-imam kariah, ketua-ketua kampung, pemimpin masyarakat dan orang perseorangan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis pengisytiharan Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah bagi tahun 1444H/2023M di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam.

Yahya berkaya, pada tahun ini juga, MUIS telah melantik seramai 39 orang penyelaras wakil amil dan seramai 2,200 orang wakil amil untuk menyelaras dan memungut Zakat Fitrah sepanjang bulan Ramadan.

Katanya, kesemua yang dilantik akan dibekalkan dengan kad kuasa bagi mengelak masyarakat Islam mengeluarkan fitrah kepada orang-orang yang tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai tauliah.

“Berdasarkan Enakmen Zakat dan Fitrah No. 6 Tahun 1993 telah memperuntukkan dibawah Seksyen 54, Fitrah adalah kena dibayar mengikut Hukum Syarak oleh setiap orang Islam yang mampu berbuat demikian tidak kira untuk dirinya mahupun untuk ahli-ahli keluarganya yang bergantung pada dirinya.

“Bagi Seksyen 55, Fitrah hendaklah dibayar pada tiap-tiap tahun kepada Amil tidak lewat daripada satu haribulan dalam bulan Syawal sebelum bermulanya sembahyang Hari Raya dan Seksyen 61 (1) menyatakan bahawa mana-mana orang dengan sengaja enggan membayar Zakat atau Fitrah yang tertanggung ke atasnya untuk membayar adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi empat ribu ringgit atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Selain itu, Yahya berkata, enakmen dibawah Seksyen 67 menyatakan bahawa mana-mana orang yang sebagai tidak dibenarkan di bawah enakmen ini untuk berbuat sedemikian memungut atau cuba memungut zakat atau penalti di bawah Enakmen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya