HomeUtamaTun atau Tan Sri tak terlepas siasatan, kata Anwar

Tun atau Tan Sri tak terlepas siasatan, kata Anwar

Read Time:1 Minute, 29 Second

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan pentadbirannya mengamalkan pendekatan sifar toleransi terhadap salah guna kuasa dan rasuah.

Beliau berkata, tindakan akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang didapati melakukan salah laku jenayah seperti itu termasuk mereka yang bergelar Tun atau Tan Sri.

“Kita akan mempertahankan standard etika tertinggi dan tidak akan ada ruang untuk penyalahgunaan kuasa bawah pentadbiran ini. Sebarang pelanggaran akan diambil tindakan tegas walaupun anda seorang Tun atau Tan Sri.

“Tidak kira sama ada anda bersama kerajaan atau pembangkang, kami akan bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih,” katanya dalam ucaptama di Invest Malaysia.

Bulan lalu, New Straits Times yang memetik sumber melaporkan “Tan Sri” Muhyiddin Yassin akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia berkata, bekas perdana menteri itu dipanggil berhubung dakwaan RM300 juta yang dikatakan diterima Bersatu sebagai dana politik daripada kontraktor yang dianugerahkan projek semasa pentadbirannya.

Bulan lalu juga Utusan Malaysia melaporkan seorang bekas menteri dipanggil SPRM untuk memberikan kenyataan berhubung Kertas Pandora.

Memetik sumber, akhbar itu melaporkan bekas menteri kewangan berusia 84 tahun itu diambil keterangannya selepas dipanggil untuk disoal siasat di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 13 Feb.

Sumber berkata, keterangan itu dipercayai tertumpu kepada menjelaskan aliran kewangan 12 syarikat luar pesisir yang dikaitkan dengannya dan keluarganya, yang disyaki memiliki “kekayaan luar biasa”.

Sementara itu, Anwar memuji pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) cemerlang sebanyak 8.7% yang dicapai negara tahun lalu.

“Kami mengunjurkan Malaysia akan mencapai pertumbuhan KDNK sebanyak 4.5% pada 2023, yang masih merupakan pencapaian yang ketara memandangkan persekitaran ekonomi global semasa.”

Bagaimanapun, beliau berkata hutang kerajaan persekutuan agak tinggi kerana ia berada bawah 61% daripada KDNK, dengan had berkanun ialah 65% daripada KDNK, dinaikkan dua kali semasa wabak itu.

“Bersama dengan liabiliti luar jangka, jumlah hutang kita ialah RM1.5 trilion atau 81% daripada KDNK.”

RELATED ARTICLES
Utama

40 peratus hasil Sabah: Pendapat pelbagai versi disifatkan membelakang pimpinan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular