HomeIsu tempatanMADIGA, inovasi baharu tarik minat pelajar kepada STEM

MADIGA, inovasi baharu tarik minat pelajar kepada STEM

Read Time:1 Minute, 37 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu :  Bimbang dengan minat pelajar yang semakin menurun terhadap subjek Matematik, Sains dan Teknologi (STEM), Guru Matematik di Sekolah Kebangsaan St. Benedict Ranau, Hallsen Justin bersama dua muridnya mencipta bahan bantu ajar menggunakan permainan dalam talian.

Hallsen, 34, yang berasal dari Kampung Poring, Ranau dibantu, Arabella Isabell Ramdy, 9, dan Fayliedelsie Marcelus, 9, menghasilkan Mathematics Digital Interactive Games (MADIGA) yang terbukti berjaya menjadikan 30 daripada 36 orang murid Tahun 3 mencapai sekurang-kurangnya Tahap Lima dalam ujian pentaksiran.

“MADIGA merupakan permainan interaktif menggunakan teknologi internet untuk penguasaan asas numerasi dan berupaya meningkatkan minat murid mempelajari Matematik dengan cara yang lebih menarik.

“Melalui permainan ini juga, para pelajar perlu menggunakan kaedah menyelesaikan masalah dengan berfikir lebih kreatif dan kritis serta merancang strategi untuk mencapai kemenangan,” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, idea menggabungkan media sosial media dan Matematik terhasil berdasarkan konsep permainan interaktif dalam talian seperti PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG Mobile)Mobile LegendsRoblox Blitz dan sebagainya.

“Dengan menggunakan telefon pintar dan komputer peribadi, ia akan dipancarkan di paparan hablur cecair (LCD) di dalam kelas dan murid-murid boleh bermain sambil belajar secara dalam talian.

“Permainan ini juga boleh diubahsuai tahap penguasaan, kandungan dan subjek yang berbeza,” dedah Guru Ikon Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Sabah 2022.

Berpegang kepada prinsip, “Spirit of Excellent” dan berpandukan falsafah Pendidikan Kebangsaan, Hallsen yang memiliki enam anugerah lain optimis kecekalan warga pendidik mampu mencungkil potensi setiap murid.

Lebih membanggakan, daripada 21 buah negara dengan 680 projek oleh 248 kumpulan yang menyertai Pertandingan Projek Sains Antarabangsa anjuran INTOC Global, aplikasi MADIGA berjaya meraih pingat perak dalam Kategori Inovasi Matematik, selain memenangi Pingat Emas dan Anugerah Khas di Bali, Indonesia dalam Pameran Sains dan Inovasi Antarabangsa, November lepas.

Hallsen kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Kedoktoran Matematik di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi berharap KPM terus menerapkan pendekatan STEM dan PAK-21 supaya Transformasi Sekolah 2025 (TS25) dengan moto, “Penggerak Pembelajaran Bermakna” dapat direalisasikan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

IBTP UMS perkasa bidang konservasi hidupan liar melalui kerjasama antarabangsa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular