HomeIsu tempatanKumpulan pertama graduan animasi SCA terus dapat kerja di industri kreatif

Kumpulan pertama graduan animasi SCA terus dapat kerja di industri kreatif

Read Time:1 Minute, 42 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Pelaksanaan program pembangunan bakat perlu diberi pertimbangan yang serius bagi mengukuhkan industri kreatif di Sabah.

Pengurus Besar, Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC), Viviantie Sarjuni berkata, Akademi Kreatif SCENIC (SCA) yang mengendalikan program kreatif dan pembangunan bakat di Sabah menyaksikan kumpulan pertama seramai 10 pelajar mendapat penempatan pekerjaan walaupun belum bergraduat.

Katanya, melalui SCA pelajar menyertai Program Bridging Industri (IBP) Toon Boom selama enam bulan yang melengkapkan mereka dengan pengetahuan industri dalam perisian animasi Toon Boom.

“Hasil daripada program di bawah SCA ini, 100 peratus peserta mendapat pekerjaan di studio bertaraf dunia. Sabah memiliki ramai individu berbakat dan mereka memerlukan sokongan untuk mengekalkan pertumbuhan industri kreatif.

“Oleh itu adalah penting untuk kita mengembangkannya untuk mencapai kumpulan yang lebih besar,” katanya dalam satu kenyataan selepas menghadiri majlis konvokesyen kumpulan pertama SCA di sini baru-baru ini.

Majlis itu telah dirasmikan Timbalan Setiausaha Tetap II Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Alijah Ismail.

Viviantie juga menambah SCA sedang mendapatkan dana daripada kerajaan dan agensi tertentu bagi menyokong program yang dilaksanakannya itu, sekali gus menyediakan lebih banyak manfaat kepada bakat Sabah.

Sementara itu, Ketua Bahagian Kreatif SCENIC, Eva Chris, berkata, untuk terpilih dalam program berkenaan, pemohon perlu melalui proses pemilihan dan menghadiri ujian.

“Memandangkan program ini disubsidi dan peserta juga diberikan insentif, SCA perlu melakukan proses pemilihan yang ketat. Hanya pemohon yang terpilih dengan kemahiran yang layak akan menyertai program berkenaan.

“Bagi memastikan mendapat tauliah menjadi animator Toon Boom, peserta perlu menyelesaikan semua modul dalam program itu dan menyelesaikan semua tugasan,” katanya.

Salah seorang peserta dari Kota Kinabalu, Natraya Aliya Nustapha, 27, yang sebelum ini belajar di UNIMAS, berkata program IBP membantunya belajar kemahiran baharu dan mendapat lebih banyak pengalaman.

“Memandangkan saya tiada pengalaman dalam bidang ini, ia sesuatu yang agak mencabar. Namun, apabila saya melakukan latihan demi latihan, ia menjadi satu cabaran yang menarik.

“Seperti pekerjaan yang lain, setiap tugas memerlukan kita mampu menyelesaikan masalah dan saya rasa ia membantu saya untuk berfikir secara lebih kritikal dan berkesan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Laluan masuk jejantas Skybridge ke Centre Point dibuka kepada awam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya