HomeIsu tempatanPemfailan harta intelek UMS meningkat 300 peratus dalam tempoh dua tahun

Pemfailan harta intelek UMS meningkat 300 peratus dalam tempoh dua tahun

Read Time:1 Minute, 37 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Pemfailan harta intelek Universiti Malaysia Sabah (UMS) meningkat sebanyak 300 peratus dalam tempoh dua tahun sejak 2021.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr Kasim Mansor berkata, peningkatan itu seiring dengan penubuhan Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) pada April 2021 yang menyaksikan pemfailan meningkat daripada 42 kepada 150 harta intelek.

“Kita juga telah berjaya mengkomersialkan dua inovasi pada tahun 2022 melalui Perlesenan Harta Intelek iaitu Modular Water Treatment System for Removal of Heavy Metals Integrated with Open Platform Communication (OPC) Online Monitoring, dan Residual Oil Extractor.

“Pengkomersialan kedua-dua reka cipta yang masing-masing dihasilkan Profesor Ir. Dr. Rosalam Hj. Sarbatly, dan Profesor Madya Dr. Jidon @ Adrian Janaun ini telah membawa pendapatan sebanyak RM30,000 kepada unversiti,” katanya ketika menyampaikan Amanat Naib Canselor 2023, di sini.

Beliau berkata, UMS membuka ruang kepada semua warga universiti termasuklah pensyarah, guru, kakitangan pentadbiran, dan pelajar untuk terlibat menghasilkan inovasi yang boleh menjana harta intelek yang seterusnya dapat dikomersialkan.

“Beberapa inisiatif baharu juga akan diperkenalkan bagi memperkukuhkan aktiviti penyelidikan dan meningkatkan keterlihatan UMS dalam penyelidikan.

“PPIP juga telah menghasilkan profil produk dan laman web untuk meningkatkan pemasaran dan keterlihatan semua produk dan harta intelek UMS,” ujar Dr. Kasim.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan sekurang-kurangnya dua dasar akan dilaksanakan universiti itu pada tahun 2023.

“Universiti sedang merangka Dasar Penubuhan Syarikat Spin-off dan Syarikat Start-up bagi menggalakkan dan memacu budaya keusahawanan dalam kalangan warga universiti, yang seterusnya menyumbang kepada penghasilan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Sabah, dan Malaysia.

“Universiti juga sedang merangka Dasar Perundingan bertujuan untuk merancakkan lagi penggunaan kepakaran warga unversiti untuk menjana pendapatan kepada universiti.

“Pada masa yang sama, universiti juga akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah khususnya melalui Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi Sabah (KSTI) untuk menubuhkan Unit Incubation Hub bagi melahirkan lebih banyak Syarikat Spin-off dan Syarikat Start-up yang menyumbang kepada pendapatan universiti serta penghasilan syarikat SME,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Laluan masuk jejantas Skybridge ke Centre Point dibuka kepada awam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya