HomeIsu tempatanMRS tidak halang penggunaan karya berdaftar ahli

MRS tidak halang penggunaan karya berdaftar ahli

Read Time:45 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Music Rights Sabah (MRS) Berhad tidak menghalang mana-mana pihak untuk membuat persembahan awam berkaitan lagu-lagu yang  berdaftar milik ahli-ahli MRS.

MRS dalam satu kenyataan semalam berkata, ini termasuklah penganjur, peserta atau penyanyi yang akan menyertai acara Pesta Kalimaran 2023 yang diadakan selama empat hari bermula hari ini di daerah Tenom.

“Pihak MRS amat mengalu-alukan dan menyokong penggunaan karya-karya berdaftar ahli MRS dengan syarat penganjur diwajibkan mematuhi peruntukan seperti yang termaktub dalam Akta Hak Cipta 1987, Seksyen 27H (a).

“Ia adalah dengan memohon Lesen Penggunaan Lagu Lagu Etnik Tempatan Sabah sebelum menggunakan lagu lagu etnik para ahli MRS,” menurut kenyataan itu di sini.

MRS berkata, ahli-ahli MRS telah memberi mandat kepada MRS bagi mentadbir urus bagi pihak mereka yang merangkumi hak karya Muzik, Rakaman Bunyi atau Persembahan Pelaku melibatkan Etnik Tempatan Sabah.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular