HomeUtamaPatuhi garis panduan naskah mushaf KDN - Ruji

Patuhi garis panduan naskah mushaf KDN – Ruji

Read Time:1 Minute, 6 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Penerbit percetakan disaran untuk mengikut garis panduan naskah mushaf terbitan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Ruji Ubi berkata, naskah tersebut dapat memperbetulkan bacaan Al-Quran dan memudahkan khususnya dalam pembacaan kerana di letakkan tanda-tanda waqaf.

“Melalui mushaf KDN ini menunjukkan tanda-tanda waqaf yang diwarnakan yang menandakan dimana kita sepatutnya berhenti dan kita ulang dalam pembacaan Al-Quran seterusnya akan membantu kita membaca dengan lancar.

“Selain itu, tanda-tanda bacaan seperti itu juga membantu bacaan kita agar tidak menghilangkan makna ayat Al-Quran tersebut selain dan mengurangkan kesilapan-kesilapan yang sebelum ini berlaku tanpa kita sedari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu di sini semalam.

Ruji berkata, pihaknya memohon kepada penerbit-penerbit yang punya lesen percetakan untuk mengikut apa yang di gariskan dalam mushaf Al-Quran ini.

Terdahulu, Ruji berkata, kunjungan hormat berkenaan bertujuan untuk menyampaikan kandungan mushaf tersebut kepada semua pembesar negeri memandangkan mereka merupakan ketua agama selain turut mengagihkan naskhah mushaf tersebut kepada 2,000 masjid dan surau terpilih di seluruh negara.

Turut hadir Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yusof dan Timbalan Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Farid Shariff.

RELATED ARTICLES
Utama

SPRM terima laporan bekas pegawai kanan sebuah syarikat perlombongan di Sabah...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular