Bobby Chua meninggal dunia

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Bekas pemain bola sepak Sabah dan Sarawak Bobby Chua dilaporkan meninggal dunia di kediamannya pada jam 2.25 petang tadi.

Perkara itu turut disahkan dan dikongsikan isterinya Zafidah Yakub menerusi hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

“Assalamualaikum, suami saya (Zafidah Yaakub) yang tercinta, Bobby Chua Abdullah telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 2.25 petang tadi.

“In Syaa Allah jenazah akan dibawa ke Surau Al Mustafa V19, KKIP barat sepanggar untuk urusan jenazah dan akan segera dikebumikan di Tanah Pengkebumian Waqaf Kampung Kota (berhadapan dengan Masjid Kota Tuaran),” katanya menerusi hantaran di Facebooknya di sini hari ini.

Sebelum ini, Bobby dilaporkan menghidap penyakit sklerosis lateral amiotrofik (ALS) sejak beberapa tahun lalu.

Beliau yang pernah menggerunkan lawan ketika beraksi di padang pada era 1980an dan 1990an mengalami penurunan fungsi (degeneratif) pada sel saraf motorik yang berkembang dengan cepat disebabkan kerosakan sel saraf.

Penyakit itu juga dikenali sebagai penyakit neuron motor (MND) iaitu penyakit tertentu yang menyebabkan kematian neuron yang mengawal otot rangka.

ALS dicirikan oleh otot-otot yang sengit, otot berkeringat dan secara beransur-ansur memburuk kerana otot berkurang, mengakibatkan kesukaran bercakap, menelan dan akhirnya bernafas.

Bobby yang berasal dari Inanam pernah bermain di bahagian tengah menjadi pemain bola sepak profesional pada 1994 dan bermain untuk pasukan Sabah sehingga 1998 sebelum berhijrah ke Sarawak.

Perpindahan beliau ke Sarawak pada waktu itu pernah menjadi kontroversi apabila hanya dikenakan yuran RM9.95 oleh Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA).

Selama enam tahun bermain untuk Sarawak iaitu sehingga 2004, Bobby pernah diberi kepercayaan sebagai kapten pasukan dan menjadi antara pemain skuad Bujang Senang yang menyerlah ketika itu. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *