Mayat remaja disyaki mangsa bunuh ditemui

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:57 Second

SANDAKAN: Penemuan mayat seorang remaja perempuan dalam kawasan semak dan berlumpur di Kampung Forest dekat sini pada pagi tadi, disyaki adalah mangsa bunuh.

Dalam kejadian pada jam 10 pagi tadi (14 Mac), pihak Polis dari Ibu Pejabat Daerah Sandakan, telah menerima maklumat tentang penemuan mayat seorang perempuan di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner (ACP) Abdul Fuad Abdul Malek berkata, mangsa seorang remaja berumur 15 tahun bukan warganegara itu ditemui mati dipercayai mangsa bunuh.

“Mangsa ditemui di dalam kawasan semak dan berlumpur di setinggan Kampung Forest, Batu 1 1/2, Jalan Buli Sim-Sim, dekat sini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Abdul Fuad, pada hari sama, jam 12.30 tengahari, berhampiran lokasi kejadian, pihak Polis telah menahan seorang lelaki warganegara asing berumur 22 tahun bagi membantu siasatan.

Sehubungan dengan itu, beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi pihak Polis bagi membantu siasatan.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menularkan gambar mayat mangsa kerana dikhuatiri boleh menjejaskan siasatan Polis.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess Of Kent, Sandakan untuk bedah siasat,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *